Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Program NVOG Bersama ARTCON, Berlangsung Meriah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-11-28
in BULETIN, UTAMA
0

Kelab NVOG & Friends sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam usaha menyantuni masyarakat setempat melalui Program Sumbangan Kasih Back To School yang diadakan di Pasaraya Mydin Bertam pada 25 November 2025. Program anjuran bersama Artcon Pest Control ini memberi tumpuan khusus kepada kanak-kanak yang bakal memulakan sesi persekolahan baharu.

Seawal jam 8.30 pagi, para ahli NVOG berkumpul di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang sebelum menikmati sarapan ringkas di Bertam KIOSK dan seterusnya bergerak secara berkonvoi ke lokasi program. Kehadiran para penunggang NVOG bukan sahaja memeriahkan suasana, tetapi turut membuktikan bahawa komuniti permotoran mampu memainkan peranan besar dalam membina masyarakat penyayang dan prihatin. PIC program, Abg Man Klang dan Ashor, memastikan perjalanan dan penyelarasan acara berjalan lancar serta terkawal.

Program ini turut menyaksikan usaha murni daripada Artcon, yang menyumbangkan pakaian sekolah baharu kepada 25 pelajar terpilih sekitar kawasan Bertam. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban ibu bapa, malah memberikan kegembiraan luar biasa kepada anak-anak yang menerima kelengkapan tersebut. Dalam pada itu, Kelab NVOG pula mengambil tanggungjawab mengagihkan sampul wang saku, bekas pensil serta alat tulis sebagai pelengkap keperluan asas pelajar.

Setiap sampul sumbangan yang diagihkan mencerminkan nilai keikhlasan dan muafakat dalam kalangan ahli kelab yang sentiasa percaya bahawa rezeki yang dikongsi akan membawa keberkatan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Pak Hatta, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kebajikan komuniti dan menarik minat NVOG untuk berkolaborasi bersama kali ini.

Lebih menyentuh hati, kehadiran rakan-rakan NVOG & Friends bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga memberi sokongan moral kepada para pelajar. Kepulangan ke sekolah merupakan detik penting bagi setiap kanak-kanak, dan sokongan komuniti seperti inilah yang mampu memupuk semangat positif dalam diri mereka.

Para penunggang NVOG yang terkenal dengan disiplin dan solidariti di jalan raya mengambil peluang untuk menjadi contoh kepada generasi muda bahawa hobi permotoran tidak terhad kepada aktiviti santai semata-mata, malah boleh menjadi wadah menyampaikan nilai kemanusiaan. Sikap prihatin, hormat-menghormati dan saling membantu yang ditonjolkan sepanjang program membuktikan bahawa bikers juga mampu mencerminkan nilai murni dan budaya penyayang.

Suasana di Mydin Bertam pada pagi itu penuh dengan senyuman dan keriangan apabila pelajar-pelajar menerima kelengkapan baharu mereka. Ada yang teruja melihat baju sekolah baharu, ada juga yang memegang sampul wang saku dengan penuh rasa syukur. Kegembiraan mereka jelas menggambarkan betapa pentingnya usaha kecil seperti ini dalam memberi makna besar kepada golongan yang memerlukan.

Bagi ahli NVOG, setiap senyuman yang terukir merupakan ganjaran moral yang paling indah. Kehadiran motosikal-motosikal NVOG yang tersusun rapi turut menarik perhatian orang ramai dan membangkitkan suasana meriah. Tidak kurang juga, interaksi mesra antara ahli kelab dan kanak-kanak menjadikan program lebih hidup serta meninggalkan kenangan yang baik.

Program Back To School ini sekali lagi mengukuhkan prinsip NVOG bahawa komuniti bikers bukan sekadar berkumpul untuk menunggang, tetapi juga untuk melakukan kebaikan dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Kerjasama erat antara NVOG dan Artcon membuktikan bahawa apabila tiga pihak saling berganding bahu, impaknya mampu dirasai oleh ramai.

Semoga usaha seperti ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak kelab permotoran di seluruh negara untuk terus menyantuni golongan memerlukan. Dengan semangat persaudaraan dan nilai kemanusiaan yang tinggi, NVOG & Friends berharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang demi memastikan lebih ramai anak-anak mendapat semangat baharu dalam menempuh perjalanan pendidikan mereka.

Previous Post

Stadium Hang Jebat Melaka Jadi Tumpuan Peminat Dua Lejang

CAPAIAN

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved