Kerjasama KOYOKO dengan JPJ Negeri Sembilan
Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Reza telah berlangsungnya satu lagi siri program Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Koyoko. Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPJ N.Sembilan, Tuan Mohd Azlan Shah Bin Othman.
Diadakan pada 24 April lalu, program ini telah dihadiri para pelajar bersama guru-guru SMK Dato Haji Mohd Redza. Aturcara dimulakan dengan ucapan dari Duta Koyoko, saudara En. Hishamuddin Bin Mohd Rashid dan diikuti dengan ucapan dari pengetua sekolah.
Seterusnya, ucapan dari Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan sebelum sesi motivasi kesedaran disampaikan kepada para peserta oleh pegawai JPJ. Program dipadatkan lagi dengan beberapa aktiviti termasuk taklimat cara memilih bateri motosikal dan tayar motosikal atau kereta dibentangkan oleh Pengarah Pemasaran KOYOKO.
Bagi memeriahkan lagi program, satu segmen Cabutan Bertuah yang dimenangi oleh para pelajar turut diadakan. Sebelum menamatkan program keselamatan kali ini, pihak penganjur turut mengadakan sesi taklimat keselamat perlumbaan motor dari KW Motorsport dan satu sesi temuramah bersama pelumba dari ONEXOX SAG Team, Mohd Norhakim.