Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Prinsipal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team Nafi Dakwaan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-10
in BULETIN, UTAMA
0

Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan. Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.

“Saya sedar dan tahu ramai netizen kecam keputusan saya (tidak menyambung kontrak) Khairul Idham Pawi. Kita turunkan dia ke Moto3 (dari Moto2) sebab kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya boleh buat yang terbaik.

“Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya. Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran,” tegas Razlan kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.
“Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam,” katanya.

Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.

Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017. – BERNAMA

Previous Post

Projek Kertas Kraft Honda, Berseronok Sambil Membina Motor Idaman!

Next Post

Kembalikan Zaman Remaja Era 1980an!

Next Post

Kembalikan Zaman Remaja Era 1980an!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved