Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Praktikal Untuk Pasaran Tempatan, Percuma Givi Top Box Bernilai RM500!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-07-17
in BULETIN, UTAMA
0

Modenas secara rasmi memperkenalkan pilihan warna baharu bagi maxi scooter popularnya, Modenas Elegan EX 250, untuk pasaran Malaysia bagi tahun 2026. Tiga pilihan warna terbaharu yang diperkenalkan ialah Light Sage Green, Matte Brown dan Bright Grey Blue. Lebih menarik, setiap pembelian model ini akan didatangkan bersama kotak simpanan Givi top box bernilai RM500 secara percuma.

Setiap skuter Modenas dilengkapi dengan jaminan rasmi daripada pihak pengilang selama dua tahun atau had perbatuan 20,000 km terhadap sebarang kecacatan pengilangan. Bagi para peminat dan bakal pembeli, stok untuk model Elegan EX 250 2026 ini sudah mula didapati di semua bilik pameran pengedar sah Modenas bermula Julai 2026.

Menjengah ke sektor prestasi, tiada sebarang perubahan mekanikal dilakukan pada model Elegan EX 250 ini. Kuasa utamanya masih dijana oleh nadi enjin 250 cc silinder tunggal sejukan cecair yang sudah pun mematuhi piawaian emisi Euro 4 serta disokong oleh sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).

Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 22.4 hp pada 7,000 rpm dan tork puncak sekuat 22.4 Nm pada 6,500 rpm. Kesemua kuasa ini kemudiannya disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear CVT dan sistem pacuan jenis tali sawat (belt drive).

Aspek keselamatan dan kawalan jentera diserahkan kepada tugasan cakera hidraulik tunggal pada bahagian hadapan berdiameter 260 mm dan bahagian belakang bersaiz 240 mm. Ciri standard keselamatan diperkukuhkan lagi dengan pemasangan sistem brek ABS dua saluran daripada Bosch.

Bagi komponen roda dan suspensi, skuter ini dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci di bahagian hadapan serta 13 inci di bahagian belakang, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak tunggal (monoshock) dengan ciri pelarasan prabeban (preload-adjustable) di belakang.

Meninjau pada bahagian kemudahan penunggang, sebuah soket pengecas USB disediakan secara siap bina di dalam kawasan ruang simpanan hadapan (front cowl). Untuk paparan informasi tunggangan, panel instrumen skuter ini menggabungkan tolok analog bagi meter kelajuan serta RPM enjin.

Ssebuah skrin LCD monokrom diletakkan pada bahagian tengah. Skrin LCD monokrom tersebut berfungsi memaparkan maklumat tambahan penting seperti odometer, suhu enjin, tahap bahan api, voltmeter, jam, dan penunjuk peringatan servis enjin.

Secara keseluruhannya, model Elegan EX ini menggunakan sistem lampu jenis LED sepenuhnya pada keseluruhan bahagian pencahayaan jentera. Selain itu, maxi scooter ini mencatatkan berat keseluruhan sekitar 198 kg. Bagi memenuhi keperluan perjalanan jarak jauh mahupun harian, ia dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 12.4 liter yang ditempatkan secara strategik di bawah bahagian lantai pemijak kaki (floorboard).

Previous Post

Misi Menawan Bukit Bendera Perkukuh Ukhuwah Dua Roda

CAPAIAN

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved