Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Platform Bagi Para Pelumba Mempamerkan Bakat, Serlahkan Potensi Masing-Masing

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-07-25
in BULETIN, UTAMA
0

Musim terbaharu Malaysia Superbike Championship (MSBK) bakal berlangsung dengan perlumbaan pertama pada 30 Julai ini di Litar Sepang Antarabangsa. Musim keenam kejohanan ini bakal menyaksikan tiga pusingan terdiri daripada kategori MSBK Superbike, MSBK600 dan MSBK250 dengan penyertaan para pelumba berbakat besar dari luar negara dan juga tempatan. Dua pusingan pertama menyaksikan tiga perlumbaan, manakala pusingan terakhir pula hanya dua perlumbaan.

Bercakap tentang kejohanan tersebut, Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd, Ron Hogg berkata, beliau cukup berbesar hati kerana dapat menganjurkan kejohanan ini dalam sekatan yang lebih mudah berbanding sebelum ini. Musim lalu, tiga perlumbaan terpaksa dijadikan kepada dua pusingan. Tahun ini, dengan norma baharu dan SOP yang lebih mudah, mereka sedang meneliti jadual yang padat dengan penambahan satu lagi pusingan tambahan.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa pelumba kegemaran sepanjang masa yang telah berjaya meletak aras baharu dalam kejohanan ini yang membuat kemunculan semula. Selain itu, pihak penganjur juga berbesar hati memperkenalkan barisan pelumba baharu dengan menyerlahkan bakat dan kemampuan masing-masing. Secara asasnya, MSBK telah menjadi platform untuk para pelumba mempamerkan bakat di jalan yang lebih tepat dalam dunia sukan permotoran. Diharapkan, usaha ini akan berterusan dan lebih ramai pelumba di luar sana yang tampil dengan menyerlahkan potensi sebenar mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif berkata, mereka mengharapkan penyertaan lebih ramai para pelumba antarabangsa dan juga tempatan untuk edisi tahun ini. MSBK juga tampil lebih kukuh dengan lebih banyak perlumbaan dan juga aktiviti sepanjang tahun ini. Ia juga masa yang sesuai untuk pengunjung datang menonton MSBK di Main Grandstand.

Sebagai tambahan, kelas terbaharu telah pun dibangunkan dalam kejohanan ini untuk memberikan pendedahan yang berlainanan untuk memilih bakat-bakat terpilih dari pasukan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Yamaha Y16ZR Race MasterClass akan bermula dengan 30 orang pelumba yang bakal berentap dalam kesemua tiga pusingan pada musim ini. MSBK bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena.

Previous Post

Segera Bertukar Kepada Timing Chain Dari IKK, Elak Masalah Lain Berlaku Dalam Enjin

Next Post

Masuk Pasaran Filipina, Dijangka Lebih Banyak Model Menyusul Selepas Ini

Next Post

Masuk Pasaran Filipina, Dijangka Lebih Banyak Model Menyusul Selepas Ini

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved