Demam motosikal Yamaha Y15ZR masih belum kebah dan mustahil akan reda selepas ini kerana beberapa pilihan warna baharu telah ditambah. Terdapat empat pilihan warna baharu iaitu kuning, perak, hijau matt dan juga oren. Kesemua model dengan warna baharu ini boleh didapati di para pengedar Yamaha seluruh negara bermula dari 7 Disember ini.
Yamaha Y15ZR ini dikuasakan oleh silinder tunggal, 150cc dengan penyejuk cecair SOHC dan enjinnya menghasilkan 11.6kW pada 8,500rpm dan tork 14.4Nm pada 6,500 rpm. Berita baiknya, ia kini didatangkan dengan pematuhan Euro 4. Para peminat Y15ZR boleh segera mengunjungi para pengedar yang berhampiran untuk melihat sendiri pilihan warna terbaharu yang ditawarkan.