Terpulang kepada anda, samada mahu menggunakan jenis tayar bertiub atau tayar era masa kini (tanpa tiub) Cheetah King sememangnya jenama tayar yang dipercayai mampu menjadikan perjalanan anda nyaman dan selesa ketika bergerak ke mana sahaja.
Diedarkan oleh Tech Hin Motor Trading Sdn Bhd (THM), Cheetah King memperkenalkan dua model tayar terbaharu yang mirip dengan corak tayar jalanan dengan sebuah jenama tayar lain.
Sedikit info mengenai syarikat pengedar Cheetah King ini, Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jolokan THM sahaja, pada awalnya merupakan satu perniagaan secara kecil-kecilan berasaskan perniagaan keluarga.
Sejarahnya bermula apabila pengasasnya, Swee Kong Yoon, menjalankan perniagaan kedai basikal yang diberi nama Kedai Basikal Hup Cheong yang terletak di Pelabuhan Klang pada pertengahan 1960-an. Bermula dari perniagaan basikal dan THM kini beralih sebagai hub tayar dan minyak pelincir bagi beberapa jenama terkenal.
Antaranya jenama yang dibawa adalah tayar motosikal Continental, palam pencucuh NGK dari Jepun, bateri Yuasa, topi keledar Mah Sing dan pelbagai produk berjenama membabitkan motosikal yang telah dibawa masuk oleh THM.
Menggunakan bahan premium rubber, Kin 6240 samada bagi model bertiub atau tanpa tiub masih mengekalkan corak bunga yang sama. Dari segi bunga pada tayar Kin 6240, anda beroleh cengkaman yang meyakinkan tanpa sebarang keraguan.
Dilabel sebagai tayar dengan prestasi sepanjang musim, corak tayar Kin 6240 sebenarnya tidak jauh berbeza dengan pesaing tayar motosikal yang boleh anda dapati di pasaran ketika ini. Namun, masih terdapat ciri-ciri yang menarik ada pada model Kin 6240 dari jenama Cheetah King ini.
Selain paparan nama ‘Cheetah King’ yang terletak di dinding tayar terbabit, corak bunga Kin 6240 memaparkan kemampuan penunggang ketika menunggang di atas jalan raya. Corak bunga pada Kin 6240 dilihat agak sesuai untuk penunggangan di waktu cuaca kering dan bagi mereka yang sering ‘meleper’ ketika mengambil selekoh, grafik bunga yang tertera pada tayar Kin 6240 adalah pilihan paling ideal.
Boleh didapati pada saiz 17 inci (dengan tiub atau tanpa tiub) khususnya bagi motosikal jenis kapchai dengan saranan enjin jenis 150cc ke atas manakala saiz bagi tayar 14 inci dan 13 inci (tanpa tiup) merupakan pilihan ideal buat jentera skuter.
Harus diingat, bukan sahaja corak bunga dan bahan paling premium digunakan untuk pembuatan tayar ini, malah harga bagi sebuah tayar Cheetah King model Kin 6240 jauh lebih ekonomi berbanding tayar motosikal kapchai yang setara dengannya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd
LOT 11784, Jalan Pengkalan Nelayan, Kg. Nelayan,
42000 Telok Gong,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 – 3134 1255 , +603 – 3134 1549
Emel : info@thm.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/THM-Teck-Hin-Motor-Trading-Sdn-Bhd-235736740097109/
Facebook : https://www.facebook.com/Cheetah-Cheetahking-Tyres-1012017525558787