Pernah Catat Pengeluaran Tahunan Lebih 10,000 Unit Motosikal Setahun, Toyo Motors Lenyap Kerana Kurang Efisien?


Sebagaimana yang diketahui, Honda dan Suzuki mengeluarkan automobil, Yamaha pula ada mengeluarkan kelengkapan instrumen muzik dan juga kelengkapan perubatan. Selain mengeluarkan motor, Kawasaki turut mengeluarkan kelengkapan berat termasuk marin. Namun, satu jenama yang kurang dibincangkan adalah Toyota yang turut menjual motosikal di bilik-bilik pamerannya.

Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota ada mengeluarkan motosikal bermula dari tahun 1949 dan bertahan sehingga tahun 1960. Rangkaian motor keluaran Toyota juga luas, dari motor dengan penalaan yang ringkas seperti basikal yang dikuasakan enjin kecil sehingga model high-end. Jentera keluaran Toyo Motors tidak dibuat oleh Toyota, sebaliknya, dibuat untuk Toyota!

Sejarah Toyo Motors
Sebelum itu, Toyo Motors tiada kaitan dengan Toyo Tires telah ditubunhkan di Aichi di sebuah kota yang kini dikenali sebagai Kariya. Pengasasnya, Kazuo Kawamata sangat berminat dengan enjin pembakaran telah menghabiskan masa mempelajari bidang ini sejak usianya awal 20an lagi. Selepas membantu membangunkan Roland yang merupakan kereta pertama pacuan hadapan Jepun, Kawamata telah berhubung dengan Kiichiro Toyoda yang juga pengasas Toyota.

Selepas berutus suray, Kawamata bekerja separuh masa di Toyota Motor Research Laboratory pada tahun 1942. Beliau sentiasa sibuk menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan dan membina enjin Bismotor untuk basikal. dengan enjin. Ekoran perkembangan ini, projek ini dilanjutkan secara langsung untuk projeknya sendiri iaitu pengeluaran enjin basikal Kawamata. Sejurus itu, beliau menubuhkan Toyo Motors pada tahun 1949 yang dijadikan sebagai salah sebuah anak syarikat Toyota.

Kebanyakan golongan orang berumur di Jepun lebih memerlukan sebuah pengangkutan yang bukan sahaja senang tetapi boleh diharapkan ketika pasca-perang. Super Cub adalah pilihan yang tepat kerana ianya sesuai di mana-mana permukaan jalan dan mudah dikendalikan juga senang untuk dibaiki. Pada tahun yang sama, Soichiro Honda telah melancarkan Super Cub dan Toyo Motors pula memperkenalkan motosikal untuk orang awam Jepun.

Awalnya, syarikat ini menunjukkan perkembangan positif dan mampu memberi saingan kepada syarikat-syarikat atau jenama lain. Pada tahun 1952, pengeluaran tahunan mencatatkan lebih 10,000 motosikal dalam setahun.

Malangnya, terdapat pelbagai aduan mengenai kawalan kualiti sepanjang hayat Toyo Motors. Keputusan Toyo Motors menggunakan sumber dari luar dan memasang di kilangnya di Kariya menjadi salah satu punca kemerosotan kepada kualiti motor yang teruk. Walaupun selepas itu jurutera dan para pekerja Toyo memikirkan untuk membuat sendiri semua komponen secara in-house, tetapi Kawamata tidak berminat. Samada ia benar atau tidak, kisah ini sibuk dihebohkan di kalangan pekerja kilang sendiri.

Bagaimana Toyo Motors Berakhir?
Pada tahun 1958, Honda memperkenalkan Super Cub keluarannya – dan baki kesabaran yang ada di kalangan pekerja Toyo Motors yang berdepan dengan cara kerja tidak boleh diharapkan pun terus merosot.

Sebenarnya, Toyo Motors bukan satu-satunya pengeluar motosikal di Jepun yang muncul dan lesap dalam sejarah. Pelbagai keadaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Misalnya pada tahun 1959, Taufan Isewan yang juga dikenali sebagai Super Typhoon Vera telah memusnahkan negara itu. Dikatakan, lebih 5000 orang terbunuh dan hampir 1.6 juta orang hilang tempat tinggal. Bencana ini juga dilaporkan sebagai bencana ketiga terburuk pernah melanda Jepun sepanjang abah ke-20!

Sumber : RideApart.com