Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

BPJR Julang Semangat Patriotik dan Mengeratkan Silaturahim

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-09-17
in BULETIN, UTAMA
0

Perhimpunan Jaguh 4 Penjuru kembali lagi sebagai salah satu perhimpunan tahunan yang paling ditunggu-tunggu oleh komuniti peminat motosikal tempatan. Bagi edisi 2026, Kelab Batu Pahat Jaguh Rider (BPJR) dari Johor yang ditubuhkan sejak tahun 2015 telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi menjayakan penganjuran perhimpunan kali ini.

Penganjuran ini diteruskan secara berkala selepas kejayaan siri perhimpunan terdahulu yang dimulakan oleh Kelab Jaguh Bikers Utara Alor Setar pada tahun 2023, diikuti Kelab Jaguh Putri Lagenda Kelantan pada 2024, serta Kelab Motor Jaguh Perak (KMJP) pada 2025. Penganjuran edisi BPJR kali ini dilaporkan berjalan dengan jayanya sepanjang tiga hari acara berlangsung, bermula dari 29 hingga 31 Ogos 2026.

Perhimpunan tahunan ini diwujudkan berasaskan empat matlamat utama, iaitu menghimpunkan sebanyak mungkin pemilik motosikal Modenas Jaguh dari seluruh negara, serta memupuk hubungan silaturahim antara ahli kelab. Penganjuran ini turut bertujuan mengingatkan generasi muda bahawa negara menerusi Modenas pernah mengeluarkan motosikal santai berkonsepkan easy rider bermula tahun 1999, di samping menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan negara menerusi kibaran Jalur Gemilang.

Bagi memastikan kelancaran acara penuh bermakna ini, lokasi DesaStay Santai D’Sawah telah dipilih sebagai tapak himpunan utama. Suasana di tapak acara dimeriahkan lagi dengan kain rentang rasmi perhimpunan serta edaran pelekat khas (sticker) yang dilekatkan pada setiap motosikal peserta sebagai tanda kenangan dan penyertaan.

Tirai perhimpunan dibuka pada hari pertama, 29 Ogos 2026, menerusi ketibaan para peserta dari pelbagai daerah dan negeri. Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau berdekatan, majlis malam diteruskan dengan ketibaan YB Jemputan, Ketua Kampung, serta Ketua Kawasan Sawah bagi menyerikan majlis perasmian dan perjumpaan.

Suasana malam pertama diisi dengan persembahan kebudayaan silat dan Zapin Johor, disusuli dengan majlis makan malam serta sesi suai kenal antara para Presiden Kelab bersama VIP. Program diteruskan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran, penyampaian cenderamata kepada YB, VIP, serta para Presiden Kelab sebelum majlis bersurai untuk malam pertama.

Atur cara hari kedua, 30 Ogos 2026, bermula seawal subuh dengan solat berjemaah dan kuliah subuh, diikuti acara sarapan pagi serta sesi senaman robik yang disertai oleh seluruh peserta. Pada jam 11:00 pagi, para peserta berkonvoi ke pusat tahfiz berdekatan bagi mengadakan majlis makan tengah hari bersama guru dan pelajar yang ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Sesi kutipan kilat turut berjaya mengumpul RM1,000 untuk disumbangkan kepada pusat tahfiz sebelum solat Zohor berjemaah dijalankan.

Selesai di pusat tahfiz, konvoi Jalur Gemilang meneruskan perjalanan sejauh kira-kira 35 kilometer menuju ke Pantai Minyak Beku, lokasi bersejarah yang menjadi titik awal nama Batu Pahat tercipta. Para peserta kemudiannya berkonvoi pulang ke tapak himpunan pada jam 6:00 petang untuk persediaan majlis malam Kemerdekaan.

Acara malam kemuncak diisi dengan makan malam, ucapan para Presiden Kelab, cabutan bertuah, serta persembahan nyanyian lagu patriotik. Tepat jam 12:00 tengah malam, lagu Negaraku berkumandang penuh syahdu lalu disusuli dengan laungan Merdeka sebanyak tiga kali serta pertunjukan bunga api sebagai penutup tirai malam kemerdekaan.

Memasuki hari terakhir pada 31 Ogos 2026, para peserta berkumpul untuk sarapan pagi dan menjalankan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang. Tepat jam 10:00 pagi, para peserta mula beransur-ansur pulang ke destinasi masing-masing dengan harapan untuk bertemu lagi pada perhimpunan edisi 2027 yang bakal dianjurkan oleh Kelab Jaguh Northern Bikers dari Sungai Petani, Kedah.

Previous Post

Tersedia Pada Saiz 68mm & 70mm

Next Post

Himpunan Jentera 2 Roda Menyemarakkan Ambang Merdeka Di Ruema Awan Nano Kitchen

Next Post

Himpunan Jentera 2 Roda Menyemarakkan Ambang Merdeka Di Ruema Awan Nano Kitchen

CAPAIAN

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved