Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Perlis Motorday 2018

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-25
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di Stadium Utama Kangar di negeri Perlis telah menjadi lokasi berlangsungnya program Perlis Motorday 2018 yang diadakan pada 15 Disember lalu. Melibatkan penyertaan dari motosikal berkuasa rendah dan berkuasa tinggi, program Perlis Motorday ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para peminat sukan permotoran dari seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand untuk merasai gabungan komuniti permotoran.

Program yang dinanti-nantikan khususnya para penggemar dan penggiat dunia permotoran dua roda di negeri Perlis, ia secara tidak langsung menaikkan nama Perlis setanding negeri-negeri lain di Malaysia. Untuk makluman para pembaca, kali terakhir program permotoran diadakan di Perlis adalah sekitar tahun 2014. Tidak hairanlah apabila melihat sambutan yang diberikan para peminat dunia permotoran yang menantikan program sebegini diadakan di Perlis.

Dijangkakan seramai 2000 peserta yang hadir tetapi kehadiran mencecah sehingga 5000 peserta sepanjang program diadakan. Penganjuran program ini secara tidak langsung memberi peluang untuk anak-anak muda turun padang dan menunjukkan bakat masing-masing. Dengan adanya platform yang sesuai, ia membantu anak-anak muda beriadah secara bebas dan tidak lagi menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat yang menganggap hobi bermain motor dan berkumpul beramai-ramai sebagai gelaja buruk.

Pihak penganjur memberi penekanan kepada perkongsian minat agar para peserta dapat memanfaatkan peluang yang ada. Bagi memeriahkan penganjuran Perlis Motorday 2018 ini, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai para peserta yang datang dari luar Perlis termasuk Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Selain itu, ada juga para peserta yang datang dari Terengganu dan menyertai pertandingan Autoshow.

Antara aktiviti lain yang turut disediakan adalah seperti pertandingan gusti lengan, pertandingan tarik tali, pertandingan motor perlahan, pertandingan autoshow dan macam-macam lagi. Perlis Motorday yang diadakan buat kali pertama ini turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan dan kehadiran Santai Anak Utara, Spark Malaysia Group dan kelab Motor Khun Khae bersama ahli-ahlinya yang terdiri dari para pemilik motosikal Harley, Chopper dan motosikal custom dari Malaysia dan Thailand.

 

Previous Post

Sem Naza, N5vers tegar

Next Post

TAIKOM Racing Carburetor

Next Post

TAIKOM Racing Carburetor

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved