Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Penutup Tirai Acara Permotoran 2023

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-01-12
in BULETIN, UTAMA
0

Sabah Moto Day merupakan acara permotoran tersohor di negeri Sabah yang sentiasa dinanti-nantikan para peminat motosikal khususnya golongan muda. Sabah Moto Day ini adalah cetusan idea dari seorang penunggang motosikal tegar, Rudhi Hariyanto Ghazali yang baru sahaja berusia 35 tahun. Beliau juga memiliki bengkel motosikal serta memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah LKIM, Sabah.

Berkongsi cerita detik permulaan Sabah Moto Day, Rudhi berkata segalanya bermula sewaktu berkonvoi dan ‘mengeteh’ bersama 40 orang rakan yang berkongsi minat yang sama di hujung minggu. Kata-kata sepakat dicapai untuk mengadakan acara berkumpul dalam skala lebih besar dengan menjemput rakan-rakan bikers dari seluruh Sabah.

Sejarah tercipta di ruang parkir Kompleks Sukan Likas yang menjadi lokasi pertama permulaan acara yang dinamakan sebagai Sabah Moto Day 1.0 pada tahun 2016. Kehadiran pengunjung untuk acara yang masih muda itu agak mengejutkan kerana mencecah seramai 2,000 orang. Sambutan yang diterima sangat hebat dan mengikut kajian selepas SMD 1.0 ini, menunjukkan lokasi perlu diubah untuk mengatasi kesesakan pengunjung.

Sehubungan itu, langkah drastik terpaksa diambil pihak penganjur dalam menangani masalah bilangan pengunjung yang semakin bertambah. Semasa penganjuran SMD 2.0 pada tahun 2017, lokasi dipindahkan di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menampung kehadiran pengunjung. Langkah pantas dan bijak pihak penganjur ini terbukti apabila pengunjung yang hadir melebih 7,000 orang.

Siapa sangka acara yang dianjurkan oleh anak muda kelahiran Tawau ini mendapat sokongan padu dari kerajaan negeri dan beberapa agensi kerajaan yang lain serta menunjukkan kemajuan saban tahun yang kini memasuki siri 6.0. Diadakan pada Julai yang lalu, SMD 6.0 menyaksikan kehadiran pengunjung di luar jangkaan iaitu seramai 36,000 orang. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan oleh penganjur.

Demi penganjuran Sabah Moto Day Special Edition 2023, pihak penganjur berkolaborasi bersama Borneo Rock Festival 2023 yang julung kalinya diadakan di Stadium Likas dan perkarangan parkir Kompleks Sukan Likas. Kolaborasi di antara pihak penganjur dan Borneo Rock Festival 2023 ini bertujuan untuk menyatukan para peminat motosikal dan juga peminat muzik rock di Sabah. Roadstar juga berpeluang membuat liputan acara terbesar di Sabah ini buat pertama kali!

Apakah rahsia pihak penganjur sehingga berjaya menarik para peminat serta pemilik motosikal yang begitu ramai untuk menyertai acara SMD saban tahun? Salah satu faktor yang menyebabkan kejayaan ini ialah pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang acara SMD berlangsung. Antaranya ialah Acara Tolak Motosikal, Acara Teka Kunci Motosikal, Acara Lumba Lari Berhelmet, Acara Kumpulan Paling Sporting, Acara Kumplan Paling Ramai dan Acara Kumpulan Paling Ranggi.

Bagi makluman, majoriti para pengunjung merupakan golongan muda yang tampak begitu berdisiplin. Tiada sebarang unsur-unsur negatif yang boleh mencemarkan sepanjang berlangsung. SMD Special Edition ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

“Sabah Moto Day adalah satu platform permotoran yang terbesar di negeri Sabah,” tegas Datuk Andi Muhammad Suryady.

Toleransi, patuh pada arahan serta menghormati garis panduan yang dikeluarkan merupakan sikap terpuji yang dipamerkan para pengunjung yang hadir. Antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan Sabah Moto Day Special Edition ini ialah PDRM, JPJ, AADK dan Pengurusan Kompleks Sukan Likas. Tidak ketinggalan, barisan penaja yang turut memberi sokongan padu seperti IMIKA, EKO Ken Motor Sdn Bhd, IPONE, Tobaki dan Rock Oil.

“Jika dapat acara Sabah Moto Day ini diterapkan ke Kalendar Pelancongan Negeri Sabah, itu lebih bagus demi memartabatkan dan mempromosikan Sabah ke persada dunia,” itu luahan Rudhi sewaktu ditemubual wakil majalah Roadstar.

Setiap acara permotoran, walaupun berskala kecil tetapi impaknya cukup besar dan berkesan serta membuka pintu ekonomi khususnya dari segi industri pelancongan sama ada luar dan dalam negara.

Previous Post

Program Pembuka Tahun Baharu

Next Post

PD Waterfront Jadi Pilihan Sebagai Lokasi Tahunan

Next Post

PD Waterfront Jadi Pilihan Sebagai Lokasi Tahunan

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved