Setelah ditangguhkan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada Mei lalu, kini Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia bakal kembali menggegarkan persada dunia lumba motor tanah air. Berikut pengumuman tarikh-tarikh perlumbaan yang baharu bagi empat pusingan seterusnya;
Pusingan 3 – Litar Sepang Utara – 18hb September, 2021
Pusingan 4 – Litar Sepang Utara – 19hb September, 2021
Pusingan 5 – Litar Permotoran Terengganu – 2hb Oktober, 2021
Pusingan 6 – Litar Permotoran Terengganu – 3hb Oktober, 2021
“Bagi pihak warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KBS, MKN, KKM serta MAM yang telah banyak membantu dalam usaha kami untuk melengkapkan 10 pusingan musim 2021 Kejuaraan PETRONAS Cub Prix seperti yang dirancang,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd selaku penganjur kejuaraan.
“Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja kejuaraan, terutamanya penaja utama kami, PETRONAS, di atas sokongan mereka selama ini,” katanya lagi.
Namun demikian, kehadiran para penonton masih belum lagi dibenarkan. Malah, garis panduan ataupun ‘SOP’ penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan SOP yang dipraktikkan musim lalu.