Persahabatan antara tiga negara – Singapura, Malaysia dan Thailand jelas lebih kukuh di atas jalinan jentera dua roda dengan pembabitan pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi satu ketika dahulu. Keakraban kalangan pemilik motosikal dari tiga negara kini diabadikan menerusi bendera masing-masing pada bahagian tepi jenama topi keledar model terbaharu KYT NFJ yang diberi nafas segar dan penambahbaikan yang lebih kukuh.
KYT NFJ dengan paparan bendera 3 Negara merupakan topi keledar edisi terhad, merupakan pengiktirafan kepada rider dari 3 negara berjiran iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand. Tambah menarik terdapat tagline #NO BIKE NO LIFE yang jelas tertera di topi keledar di model ini manakala ilustrasi dan grafik bercorak matahari mewarnai bahagian tengah model KYT NFJ ini.
Diedarkan oleh MKA Motorsports (M) Sdn Bhd, model NFJ sebelum ini sering mengabdikan nama-nama pelumba samada mereka yang masih aktif dalam perlumbaan mahupun nama-nama besar yang tidak lagi beraksi di atas litar tarmac ketika ini.
Untuk info, topi keledar KYT NFJ ialah versi dinaik taraf topi keledar motosikal dari model KYT VENOM. Topi keledar KYT NFJ menampilkan mekanisme visor yang dipertingkatkan tanpa pelindung matahari dalam dengan spring dimuatkan dan perlindungan bahagian pipi dalam kategori premium yang telah dipertingkatkan.
Visor telus topi keledar KYT NFJ mempunyai penglihatan yang sangat luas dan ia juga boleh melindungi seluruh muka hingga ke di bawah paras dagu si penunggang. Sifat visual yang nyata pada penglihatan penunggang dan ia juga tidak mempunyai sebarang variasi darjah ketika ia ditutup sepenuhnya.
Sementara itu, mekanisme gear visor topi keledar KYT yang bertindak balas untuk membuka dan menutup sunvisor (pelindung matahari) diberi penekanan dengan kualiti yang lebih kukuh berbanding model sebelum ini.
Selain itu, KYT NFJ menawarkan pelapik pipi yang diperkemaskan demi keselesaan penunggang ketika menunggang pada jarak yang agak lama. Pelapik dalaman juga lebih lembut dan selesa, manakala bahagian pelapik kulit meliputi cengkerang diberi penekanan agar ia tidak cepat haus dan lebih tahan lama.
Terdapat perbezaan yang terdapat pada cermin perlindungan (sunvisor) mengikut saiz topi antaranya bagi saiz M ukuran cermin perlindungan adalah antara 56-57cm, saiz L (57-58cm), XL (58-59cm) dan 2XL (59-60cm). Untuk info, KYT NFJ 3 Nation telah diilham selepas menyaksikan acara bermotosikal membabitkan dari 3 Negara (3 Nation Charity Ride) yang terdiri daripada pemilik motosikal dari Singapura, Malaysia dan Thailand.
Saban tahun lebih dari seribu penunggang motosikal dari Singapura, Malaysia dan Thailand menunggang dan bertemu di destinasi pilihan untuk mengumpul dana bagi menyalurkan kepada pihak yang kurang bernasib baik. Ia dianjurkan oleh 4 ahli pada peringkat awal iaitu Team Hanuman MC Penang Motor Sport Club (PMSC), Super Bikers Club Malaysia (SBCM) dan Team 27 Motorcycle Club Singapore.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/