Jika anda kaki ride, sering mengembara sama ada di dalam mahupun ke luar negara atau penggunaan motosikal untuk berulang alik setiap hari ke tempat kerja, sering kali masalah yang kerap bermain dengan di fikiran adalah tahap minyak enjin motosikal. Adakah ia tahan lebih lama, tidak cepat panas atau adakah minyak enjin ini mampu membawa anda ke destinasi yang jauh? Nah! Apa kata tukar kepada minyak pelincir dari Jepun, Idemitsu Engine Oil sekarang.
Minyak pelincir terbaharu dari idemitsu ini sesuai untuk pelbagai keadaan menunggang tidak kira sama ada untuk perjalanan yang kerap, jauh atau pun disebabkan faktor lain seperti cuaca yang tidak menentu. Terdapat tiga minyak pilihan terbaik Idemitsu bermula dari minyak pelincir fully synthetic hingga ke tahap minyak mineral (biasa), dengan kelikatan yang berbeza.
Paling premium minyak pelincir Idemitsu adalah dari jenis sintetik sepenuhnya (Fully Synthetic) dengan kelikatan 10W-40 SL/MA sementara minyak pelincir separuh sintetik (Semi Synthetic) disediakan dengan kelikatan 10W-40 SL/MA. Dua produk sintetik terbabit dirumuskan untuk jentera berkapasiti kapchai premium dan jentera 250cc dan ke atas. Kedua-dua model terbabit mendapat pengiktirafan JASO T 903 – 2016 dan jaminan prestasi yang diiktiraf oleh Idemitsu Kosan Co. Ltd.
Sementara bagi produk minyak enjin biasa, Idemitsu memperkenalkan minyak pelinciri 4T dengan kelikatan 40 SL/MA dan model 20W-50 SL/MA dengan kedua-dua model minyak pelincir terbabit turut mendapat pengiktirafan JASO T 903 – 2016.
Untuk rekod, selama lebih dari 100 tahun, Idemitsu telah menyediakan minyak pelincir yang terbaik yang diformulasikan secara khas dari negara Jepun dan jenama itu juga telah berada lebih 20 negara di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai jenama yang dipercayai, Idemitsu mengesyorkan yang minyak pelincir 4T terbaharu ini bagi digunakan untuk motosikal jalanan yang akan membantu dalam melindungi enjin meskipun pada tahap maksima.
Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Idemitsu Lube (Malaysia) Sdn. Bhd.
No. 20 & 21, Lorong Teknologi B,
Nouvelle Industrial Park,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 – 6157 9529 / 03 – 6140 4639
Idemitsu Lube Malaysia (Pulau Pinang)
No. 23, Medan Limau Emas,
Pusat Perniagaan Limau Emas,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 5012 268 / 67
Khidmat pelanggan : 04 – 501 2269
Idemitsu Lube Malaysia (Johor)
52 Jalan Kempas Utama 3/1,
Taman Kempas Utama,
81300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
No Tel : 07 – 550 0460
Khidmat pelanggan : 07 – 550 0466
Facebook: IdemitsuLubeMalaysia
Website: https://idemitsu-ilm.com.my/