Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pengalaman Dan Pengetahuan Jadi Taruhan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-02-23
in BULETIN, UTAMA
0

Musim ke-30 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan membuka tirainya untuk musim baharu pada 25 Februari 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.

Walaupun Ahmad Afif Amran merupakan seorang pelumba yang berpengalaman dan berkaliber, perjuangan untuk mempertahankan gelaran kejuaraan tidaklah semudah yang disangkakan. Bagi beliau, persiapan musim baharu ini bukan sekadar kemantapan fizikal dan mental mahupun persediaan jentera yang dapat memberikan persaingan yang optimum kepada para pelumba lain malah juga merangkumi persediaan dari segi strategi bersama ahli-ahli sepasukan yang dapat memberikan impak positif secara keseluruhan bagi pasukannya sepanjang musim ini.

Sepanjang penglibatan Afif dalam kejuaraan Cub Prix, beliau telah meraih gelaran juara sebanyak tiga kali bagi kategori CP150. Kelebihan Afif terserlah bukan sahaja dalam cara pengendalian jentera tetapi yang lebih penting adalah kebolehan beliau memahami jenteranya secara keseluruhan dan memberikan tumpuan sepenuh ketika berlumba. Sebagai seorang pelumba yang berpengalaman, Afif arif dalam pertimbangannya di selekoh-selekoh tajam mahupun di trek kelajuan tinggi. Pada musim lepas, Afif meraih enam podium termasuk tiga kemenangan.

Menurut Afif, “Pelan saya untuk musim ini seperti biasa – saya akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk buat yang terbaik. Sebagai seorang senior dalam pasukan saya, saya juga memikul tanggungjawab untuk melatih dan membimbing rakan sepasukan saya terutamanya yang lebih muda untuk menjadikan kejayaan pasukan, matlamat bersama. Komunikasi adalah penting bagi saya dan pasukan saya. Sebagai seorang pelumba, saya menjanjikan persembahan terbaik dengan strategi-strategi yang telah dikemaskini. Buat masa ini juga, jika saya tidak berlumba, saya habiskan masa bekerja di bengkel rakan saya dimana saya memainkan peranan sebagai “tuner” dan pembantu mekanik. Dengan ini, saya juga banyak belajar mengenai jentera saya dan saya yakin bahawa ia akan menjamin masa depan saya.”

Bagi musim ini, turut bersama Afif dalam persaingan tersebut adalah Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan dan Mohd Akid Aziz yang akan menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing. Dengan penyertaan Akid, jelas bahawa pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing telahpun membuat perancangan yang teliti untuk musim baharu ini.

Selain itu, Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team juga akan mara ke kategori CP150 setelah menjuarai kategori CP125 pada musim 2022. Shafiq menaiki podium sebanyak tujuh kali dengan ciptaan hat-trick di pusingan ketujuh. Jumlah mata keseluruhannya pada musim lepas adalah sebanyak 179 mata. Setelah gagal mencapai pencapaian yang memuaskan di kategori CP150 pada tahun 2021, Shafiq kembali ke arena kategori CP125 dan berjaya membuktikan kebolehannya dengan gelaran juara.

Kata Shafiq, “Peralihan ke CP150 musim ini sememangnya akan membawa banyak perbezaan berbanding dengan CP125 terutamanya dengan kelajuan jentera yang berbeza. Tunggangan juga berlainan lebih-lebih lagi dengan para pelumba yang mahir dan berpengalaman di kategori CP150. Oleh itu, saya lebihkan latihan fizikal dan juga kerap mengambil latihan motor di litar. Pasukan saya telah membantu saya buat persediaan yang sewajarnya dari segi latihan motor yang amat penting dalam peralihan ini. Saya juga berharap dapat menyesuaikan diri dengan jentera baharu dengan lebih cepat dan dapat mempertingkatkan prestasi saya di samping pelumba-pelumba lain. Matlamat saya adalah untuk mendapatkan tempat di podium untuk musim ini.”

Bersama pelumba-pelumba lain adalah Md Adib Rosley dari pasukan Idemitsu Honda Yam Racing Team yang akan mengambil peluang untuk bersaing di kategori CP150. Adib yang telah meraih gelaran juara bagi kategori CP125 pada tahun 2021 dengan jumlah sebanyak 165 mata gagal mempertahankan gelaran tersebut pada musim 2022 dan hanya mampu mengambil tempat kesebelas di tangga kejuaraan. Namun begitu, potensi beliau dikenali di arena kejuaraan ini dan Adib telah diberikan peluang untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran di kategori CP150.

Menurut Adib, “Tahun lepas agak mencabar kerana fokus saya adalah untuk mempertahankan gelaran juara bagi kategori CP125. Tetapi apabila gagal mencapai peningkatan dalam prestasi, motivasi juga berkurangan. Saya tidak dapat mencari keserasian dengan jentera. Walau bagaimanapun, ia juga telah memberikan saya suatu inspirasi baru untuk meneruskan minat dan bakat di kategori baru. Pada musim ini, saya ingin mencuba di kategori CP150 dan berharap dapat mencapai suatu prestasi yang memuaskan.”

Previous Post

Musim Baharu, Wajah Baharu

Next Post

Berdaya Tahan Dari Kepanasan Ekstrem, Tampil Lebih Menarik

Next Post

Berdaya Tahan Dari Kepanasan Ekstrem, Tampil Lebih Menarik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved