Pada Ogos lalu, beliau bersama 25 ahli ROSE RIDERS telah menjelajah ke Terengganu buat kali yang kedua. Program yang diadakan bermula dari 24 sehingga 26 Ogos ini mendapat sambutan baik dari ahli-ahli kelab. Lebih manis lagi, mereka berpeluang memeriahkan penganjuran Terengganu Bike Mix Setiu sekali gus memberikan pengalaman serta kenangan kepada ahli-ahli dalam minat masing-masing.
Para peserta menginap dan singgah di Terengganu Bike Mix Setiu di mana mereka berpeluang bertemu rakan-rakan dunia permotoran dua roda yang lain. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh para peserta yang mengikuti program ini. Ada yang merakamkan kenangan dan tidak kurang juga, menyertai aktiviti yang disediakan untuk menjadi memori yang mustahil dapat dilupakan.
Keesokan harinya, para peserta meninggalkan Setiu dan bergerak masuk ke Bandar Kuala Terengganu. Di sini, para peserta berkesempatan mengunjungi lokasi yang paling popular dalam kalangan rider. Ya, Jambatan Angkat Terengganu. Seterusnya, melawati Pusat Tamadun Islam dan melihat keindahan Masjid Kristal. Para peserta juga berpeluang menyinggah di beberapa lagi lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing keesokan harinya.