Anda percaya atau tidak, jenama Duro semakin mendapat tempat dikalangan pemilik motosikal pada hari ini. Biarpun lambakan jenama sedia ada dan baharu, Duro tetap menjadi pilihan bagi pengguna yang bijak untuk memilih tayar motosikal terbaik mereka.
Kita semua sedia maklum bahawa pada hari ini, terdapat begitu banyak pengeluar tayar menghasilkan sejumlah besar tayar motosikal untuk kegunaan pengguna dan ianya agak mustahil untuk mengetahui tentang kesemuanya.
Bagi sesetengah orang, pilihan yang tepat merupakan tugas yang amat mencabar. Jenama apakah yang terbaik? Jenis tayar apakah yang patut digunakan? Hal itu menyebabkan Duro menjadi pilihan dan pemimpin tayar jalanan kerana ianya memiliki kesemua aspek terbabit.
Jenama Duro sememangnya diakui mempunyai kecekapan dan jangka hayat yang panjang selain ketahanannya merentasi perjalanan seharian ke tempat kerja sama ada di atas permukaan jalan raya berbeza dan cuaca yang pelbagai.
Terkini, Duro memperkenalkan model terbaharu yang juga produk terlaris mereka Street HF918 sementara bagi memperkukuhkan jenama itu dikalangan pengguna, dua lagi model terbaharu Duro iaitu DM1298 dan DM1300 ditambah baik seterusnya kekal sebagai pilihan terbaik pengguna motosikal hari ini.
Untuk tahun 2020, Duro Street HF918 menampilkan tiga pilihan saiz terbaharu iaitu 918-110/70-14, 918-110/80-14 dan saiz 918-140/70-14. Direka khusus untuk pengguna motosikal berkapasiti kecil dengan saiz tayar 14 inci, bunga tayar dan permukaannya direka khusus bagi menawarkan prestasi yang diperlukan oleh pengguna.
Grafik dengan alur dan corak dinamik yang tertera pada HF918 mampu memberi kesan dan prestasi yang terbaik tatkala penunggang merentasi keadaan jalan raya yang licin atau permukaan jalan yang basah.
Tiga elemen penting bagi pengguna untuk beralih kepada tayar Duro ialah ketahanan yang telah diakui, jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain dan tahap cengkaman maksimum samada di atas jalan raya kering mahupun basah.
Selain tiga model terbaharu pada saiz 14, model HF918 turut mempunyai pilihan dari saiz 10 hingga ke saiz rim 17. Manakala terdapat satu saiz pilihan 120/60-17 bagi tayar model DM1298 manakala bagi saiz 150/60 – 17 untuk model DM1300 dikhususkan untuk jentera kapchai dalam segmen mewah.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MAG Power Marketing Sdn. Bhd.
0027 Ground Floor,
Block C Kompleks Sentral,
33 Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 6252 6889
Email: durotyremalaysia@gmail.com
FB: www.facebook.com/durotyre/
Wakil-wakil pengedar;
AKR Two Sdn Bhd : 07 – 557 2339
DT Auto Parts Enterprise : 06 – 767 8530 / 012 – 243 9153
Ipoh Boy Enterprise : 05 – 506 4861 / 012 – 330 2485
P & U Cycle (M) Sdn Bhd : 03 – 6156 3873
Ride Speed Trading : 03 – 6250 3866
Speedee Trading Sdn Bhd : 07 – 776 9858 / 012 – 777 8518
Sunten Cycle Sdn Bhd : 04 – 333 7190
Tephinco Sdn Bhd : 03 – 3291 8830
Teoh Ah Hong Trading Sdn Bhd : 03 – 9100 1539
T.S Bee (Alor Setar) Sdn Bhd (PJ Branch) 03 – 7785 9189