Pusat sehenti Modenas, Power Store telah dilancarkan secara rasminya awal hari ini di Sunsuria Avenue yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat sehenti pertama untuk motosikal street Modenas dan yang pertama di rantau Asia ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk jualan, servis dan juga alat ganti khusus untuk motor Pulsar dan Dominar.
Sekiranya berada di sekitar Lembah Klang dan berminat untuk menyaksikan kedua-dua model ini, singgah sebentar ke Power Store. Bukan setakat cuci-cuci mata, anda juga boleh menunggang uji 3 model motor hasil kerjasama Modenas dan Bajaj iaitu Pulsar RS200, Pulsar NS200 dan Dominar D400, masing-masing dijual pada harga RM11,350, RM9,300 dan RM15,488 tidak termasuk insurans.
– Paksu Shidee
Untuk maklumat lanjut, kunjungi;
MODENAS Super Store
3-G, Street Wing, Persiaran Mahogani,
Sunsuria Avenue, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan