Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pembuka Tirai Tahun Yang Baharu Dengan Aktiviti Konvoi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-11
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena sambutan tahun baru 2021, NVOG & Friends mengadakan konvoi menuju ke utara negeri Kedah di mana sebanyak 25 buah motosikal pelbagai kapasiti (CC) dan pelbagai kategori bergerak dari Pulau Pinang menuju ke Baling untuk bersarapan di Warung Mat Noi Roti Bakar Baling Route 67. Tepat pukul 7 pagi, konvoi mula bergerak dan tiba di destinasi yang dituju pada pukul 8 pagi. Cuaca sejuk dan nyaman sepanjang perjalanan melalui lereng-lereng bukit sebelum tiba membuat kami begitu teruja dengan suasana yang mendamaikan.Warung Mat Noi berkonsepkan PitStop Route 67 amat terkenal oleh kalangan bikers kerana menyajikan sarapan ala inggeris yang menarik.

Setelah bersarapan konvoi mula meninggalkan Pekan Baling melalui Jalan Weng untuk ke Tasik Pedu. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 30 min iaitu sejauh 100km lebih melalui jalan yang agak rosak akibat hakisan sungai dan banjir. Beberapa laluan yang dilalui ditutup untuk kenderaan 4 roda kerana tanah runtuh. Pengalaman melalui Jalan Baling – Tasik Pedu untuk ke Durian Burung ini amat cantik sekali pemandangannya dimana dapat dilihat hutan dan tasik yang luas terbentang saujana mata memandangan. Kesemua peserta konvoi berhati-hati mengambil selekoh atau jalan yang kurang baik dan akhirnya kami sampai di Empangan Muda Tasik Pedu. Kami singgah sebentar disini untuk berehat dan bergambar sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterunya itu Durian Burung.

Jarak perjalanan dari Tasik Pedu ke Durian Burung mengambil masa selama 50 minit iaitu sejauh 50km. Kami menunggang dengan santai sambil menikmati cuaca yang cerah dan dingin. Rakan NVOG Border menunggu di persimpangan Durian Burung untuk membawa kami masuk ke lokasi Air Terjun Seraya. Air Terjun Seraya ini terletak di dalam kawasan hutan simpanan daerah Padang Terap berdekatan dengan Durian Burung/Padang Sanai, Kedah yang jaraknya hanya 2km daripada sempadan Malaysia/Thailand. Pekan Durian Burung pula merupakan satu mukim dan bandar sempadan kedua dalam negeri Kedah yang menghubungkan wilayah Songkhla, Thailand.

Konvoi mula masuk melalui pos kawalan ladang getah menuju ke lokasi air terjun yang terletak 7km dari jalan besar. Keadaan jalan dan muka bumi yang berbukit menyukarkan perjalanan di mana kami perlu berhati-hati mengawal motosikal. Kami terpaksa melalui beberapa anak sungai untuk tiba ke destinasi. Dengan semangat konvoi meredah sehingga kami tiba di kaki bukit air terjun Seraya. Pemandangan air terjun Seraya amat memukau dengan keadaannya yang terletak di sempadan Malaysia – Thailand dan jarang dikunjungi oleh orang awam kerana kesukaran jalan untuk ke situ membuatkan ia amat terpelihara. Kami berehat dan mandi sepuas-puasnya. Airnya sangat sejuk dan menyegarkan. Peluang ini kami ambil untuk berendam lebih lama tanpa ganguan.

Setelah puas mandi-manda dan menikmati keadaan alam sekeliling kami mula menuju keluar untuk bersolat jumaat dan sekaligus untuk makan tengahari. Destinasi kami seterusnya merupakan menuju ke rumah sahabat NVOG Border yang terletak tidak jauh dari pekan Kuala Nerang iaitu Abg Man Kuala Nerang (Hero Malaya). Abang Man serta isteri menjamu kami dengan masakan ayam kampung serta ikan goreng dan gulai yang terbaik. Memang sedap sekali masakan kampung yang disajikan kepada peserta konvoi kerana makanan yang dihidangkan amat menyelerakan dengan masakkan ala kampung yang jarang ditemui.

Setelah kenyang kami bertolak menuju ke Masjid Salamah yang berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Selesai solat jumaat konvoi bergerak ke Pekan Kuala Nerang semula untuk menziarahi salah sorang penasihat NVOG Border iaitu Cikgu Md Isa Harun yang baru diserang Stroke bulan lalu untuk menyampaikan sumbangan dari rakan-rakan NVOG & Friends. Tepat pukul 4 petang konvoi bergerak pulak menuju ke Jeniang di mana kami singgah minum petang di Pit Stop Restoran Melati Dusun Route 175. Restoran masakan ala thailand ini disusahkan oleh sahabat NVOG Din Melati serta isterinya iaitu Syafina yang amat terkenal di pekan Jeniang. Kami dijamu dengan mee serta bihun goreng yang lazat dan menyelerakan. Setelah bergambar kenangan dan menghilangkan penat lelah konvoi bergerak pulang ke destinasi masing-masing menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dari Gurun menuju ke Pulau Pinang.

NVOG “NVOG Ride Supercup Tahun Baru 2021” kali ini dihadiri oleh rakan-rakan NVOG Border, NVOG Sungai Petani dan NVOG Penang sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara ahli NVOG yang jauh berkumpul sambil berkongsi minat dan hobi dua roda yang sama. Dengan menggunakan jentera pelbagai kapasiti cc dan jenis konvoi kali ini banyak menerapkan nilai-nilai persahabatan di mana tidak kira jenis atau cc yang anda gunakan kita tetap bersama terutama dalam keadaan yang getir ketika melalui jalan yang Off-Road yang mencabar untuk tiba di Air Terjun Seraya Padang Senai tidak akan dilupakan. Selamat tahun baru 2021 diharap tahun ini lebih bermakna dan kita berjaya menang keatas Virus Corona sekaligus kita bebas dari belengu Covid-19. Kita jaga kita.

Perkongsian : Fazrul NVOG

Previous Post

Selepas Svartpilen 250 dan Svartpilen 401, Kini Tiba Giliran Svartpilen 125

Next Post

Restorasi Ducati 750GT Tampil Lebih Bergaya Dengan Nafas Baharu

Next Post

Restorasi Ducati 750GT Tampil Lebih Bergaya Dengan Nafas Baharu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved