Pelumba negara Malaysia, Syarifuddin Azman telah mengharumkan nama negara di dalam perlumbaan FIM CEV Moto3 Junior Championship yang dilangsungkan di litar Barcelona semalam.
Syarifuddin yang berumur 19 tahun mengalahkan pelumba Sepanyol David Munoz. Malangnya, beliau terjatuh pada perlumbaan ke-2 dan masih berbaki 5 lap sahaja lagi.
Dengan itu, Syarifuddin memungut 25 mata penuh daripada perlumbaan pertama dan berada di tangga ke-10 secara keseluruhannya dengan pungutan 31 mata.
Ia merupakan kemenangan sulung beliau serta negara Malaysia di dalam siri perlumbaan tersebut. Siri FIM CEV Moto3 Junior Championship ini dilihat sebagai platform yang melahirkan pelumba-pelumba untuk FIM Moto3 World Championship.
Kemenangan pelumba yang mewakili pasukan SIC Racing Team itu juga disambut meriah oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ucapan tahniah kerana telah mengharumkan nama negara.