Bergantung harap pada tali yang mengikat Vespa, Günter Schachermayr yang juga seorang pelagak aksi ngeri Austria berani mati menuruni serombong Setinggi 110 meter di Slovakia. Nampak pelik tapi dalam masa yang sama sangat mencabar untuk dilaksanakan.
Bagi memastikan tayar sentiasa mencecah serombong bukanlah satu perkara yang mudah. Enjinnya juga dimatikan atas sebab-sebab keselamatan. Dapat dilihat Günter mengalami kesukaran untuk memastikan kakinya kekal di tempat letak kaki yang kecil di Vespa ini. Beliau terpaksa meletakkan kali ke bawah bagi mengawal motor dari bergoyang dan hilang kawalan.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa beliau melakukan aksi ini. Sebenarnya, beliau dikenali menerusi beberapa catatan dalam Guinness World Records. Antaranya termasuklah menukar roda semasa sedang berlumba, melakukan wheelie tanpa tayar hadapan sambil menghantar telur dadar dan yang paling mencabar, membiarkan Ferrari menarik skuternya pada kelajuan 125 batu sejam.
Jadi, semakin bertambah rekod yang dilakukannya hanya menggunakan Vespa. Ada sesiapa berani nak cabar?
Sumber : carscoops