Baru-baru ini, American Honda telah mengumumkan ketibaan Honda Grom 2022 di pasaran Amerika. Model yang telah direka semula ini akan dipamerkan di setiap bilik pameran pada musim bungai tahun ini. Honda Grom generasi ketiga ini diperkenalkan kepada dunia pada bulan Oktober tahun lalu di Eropah. Ia diperkenalkan di sana sebagai model 2021 dan menampilkan beberapa perubahan major pada bahagian eksterior dan penambahan enjin yang mematuhi piawaian Euro 5.
Disamping itu, Honda juga telah menghapuskan nama yang menimbulkan kekeliruan di antara Amerika serta bahagian lain di dunia. Terdahulu, ia dinamakan sebagai MSX125 di kebanyakan pasaran tetapi kini, motor mini ini akan dijual dengan nama Grom di seluruh dunia. Dari lampu hadapan berbentuk oktagon kepada panel badan yang boleh ditukar, Honda mengharapkan Grom generasi terbaharu ini lebih mudah untuk dikustom.
Sebagaimana yang dijangka sebelum ini, Grom telah dikemaskini dengan enjin yang mematuhi piawaian Euro 5 dan masih mengekalkan 125cc tunggal yang menghasilkan sehingga 9.6 hp dan tork 7.74 lb-ft dan juga dilengkapkan dengan gear 5. Selain itu, penambahan lain adalah kapasiti bahan api ditambahkan dari 1.45 gallon ke 1.59 gallon. Grom baharu ini juga didatangkan dengan pemapar LCD yang lebih menarik.
Model Honda Grom 2022 ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna termasuk Queen Bee Yellow, Matte Black Metallic atau Pearl White (SP). SP pula didatangkan dengan grafik tambahan, spring shock berwarna kuning dan kaliper brek, fork dan roda berwarna emas.
Sumber : RideApart.com