Baru-baru ini, pesaing musim baharu MotoGP 2021 dari pasukan Tech 3 KTM telah diperkenalkan dengan motor KTM RC16. Setelah berjaya merangkul dua kemenangan pertama pada musim MotoGP tahun lalu menerusi Miguel Olivera di Red Bull Ring, pasukan ini yakin akan memenangi lebih banyak kemenangan untuk tahun 2021.
Pada tahun ini, Olivera telah pun menyertai pasukan KTM dan tempatnya telah diisi oleh Danilo Petrucci yang turut disertai MotoGP rookie, Iker Lecuona yang memulakan musim penuh keduanya dengan pasukan ini. Menurut pengasas pasukan Tech 3, Poncharal mengatakan pasukannya tidak sabar untuk memulakan cabaran musim 2021 setelah prestasi cemerlang pada musim lalu.
Musim ini bakal menjadi musim paling istimewa kerana yakin KTM RC16 merupakan jentera yang mampu merebut kedudukan yang baik dan bersaing untuk mendapat tempat di podium seterusnya beroleh kemenangan. Selain itu, pasukan mengalu-alukan penyertaan pelumba baru yang cukup berpengalaman. Danilo bukan sahaja fokus terhadap perlumbaan, malah bermotivasi tinggi untuk memulakan musim ini dengan sesi ujian di Qatar. Manakala Iker pula kekal bersama pasukan. Bukan lagi seorang rookie dan musim ini merupakan peluang untuk beliau membuktikan diri.
Sumber : Visordown.com