Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pada Jentera Lejen Honda EX-5

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-11-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

“RASA bangga juga bila orang pandang dan mula berbicara perihal motosikal kita. Malah, ada juga kalangan pelancong luar teruja dan tertanya-tanya apabila menyaksikan ‘simbol’ kenegaraan diabadikan di atas motosikal Honda EX-5 model High Power ini,” ujar Nur Atirah Dalilah Zaidi, 16 tahun sewaktu penulis menghubunginya bagi mendapat maklumat lanjut.

Pelajar Kolej Vokasional Seri Iskandar Tahun 1 dalam jurusan kimpalan, menyifatkan kreativiti yang dipamerkan semata-mata atas kepuasan diri sendiri. Malah kreativiti yang dipamerkan turut mendapat sokongan dari bapanya, Zaidi Ishak yang bersama-sama membantu menjayakan ilhamnya.

Antara ikon-ikon yang boleh didapati di atas motosikal Honda EX-5 ini banyak berkaitan dengan sejarah Malaysia seperti Tugu Negara, Jalur Gemilang, Keris (senjata orang Melayu), Bunga Raya dan banyak lagi. Mengimbas kembali detik awal hobinya, Atirah menjelaskan bahawa motosikal lama milik ayahnya pernah satu ketika tidak dihiraukan selama tiga bulan dan sekadar ‘tersidai’ tanpa bertuan.

“Barang yang tidak diusik dan tidak diuruskan, kebiasaanya teruk, kusam dan mungkin sedikit rosak. Begitu juga dengan motosikal Honda EX-5 yang kami usahakan. Peringkat awal, jentera ini memang agak lusuh dan rosak sebab tu ia dibiarkan begitu sahaja,” ujar Atirah.

Idea untuk ‘mengindahkan’ motosikal ini menerusi teknik airbrush telah dipersetujui sesi keluarga. Tambah Atirah, ayahnya banyak mendorong dirinya dan merestui apa sahaja pilihan dan idea yang dirasakan sesuai untuk menjadikan motosikal ini tetap punyai nilai tersendiri.

Lebih unik lagi, Nur Atirah Dalilah yang berasal dari Batu Gajah, Perak ini memilih warna Jalur Gemilang sebagai tema warna dan elemen utama motosikal berkenaan untuk dipamerkan kepada orang ramai atau dalam pertandingan yang disertai. Gabungan idea, anak dan bapa berkenaan berjaya mengubah rupa bentuk fizikal motosikal berkenaan kelihatan cukup menarik.

Jika dilihat, motosikal yang menjadi milik Atirah ini berjaya menterjemahkan semangat cintakan negara dengan elemen dan gambar yang berkaitan kenegaraan dipamerkan pada bahagian komponen motosikal berkenaan. Menerusi teknik airbrush digunakan bagi mengecat motosikal berkenaan di samping gambar atau lambang yang berkaitan kenegaraan pada motosikal berkenaan.

Gubahan seperti padanan warna ditampilkan menerusi ikon seperti Jalur Gemilang, Tugu Negara, Bunga Raya, Menara Berkembar Pertronas (KLCC) serta Harimau Malaya yang dimodifikasi, hanyalah untuk pertunjukan dan pertandingan sahaja.

“Kebanyakan komponen yang tidak dapat digunakan digantikan dengan yang baharu. Untuk menjadi lebih segar dan menyerlah, saya cadangkan untuk menggunakan ikon-ikon yang sering dipamerkan untuk mempromosikan Malaysia di kaca mata dunia.

“Alhamdulillah…ayah dan keluarga merestuinya. Malah, kami sekeluarga juga berkongsi pilihan ikon yang mana yang sesuai untuk didambakan di atas motosikal lama ini,” terang Atirah lagi.

Jika dilihat, ikon-ikon negara ini menghiasi beberapa komponen luaran motosikal terbabit. Sebagai contoh bahagian penutup enjin terdapat Jalur Gemilang bersama Tugu Negara, atas tangki minyak pula terdapat Jalur Gemilang dihiasi gambar Harimau Malaya. Lebih menarik penutup karburator (Menara Berkembar Pertronas), penutup rantai (Bunga Kebangsaan), pelindung hadapan (Jalur Gemilang), plat (Jalur Gemilang) dan cermin kiri (akuarium) dengan gabungan warga Jalur Gemilang serta watak animasi.

Jadi tidak hairanlah, jika motosikal berkenaan sering menarik perhatian orang ramai sama ada dalam pameran mahu pun pertandingan yang dianjurkan oleh pihak berkaitan. Untuk info, Honda EX-5 milik Atirah pernah meraih gelaran juara sebanyak lima kali dalam kategori pertandingan airbrush tercantik dan motosikal CUP tercantik.

Sementara itu, bapanya Zaidi Ishak beranggapan gabungan ikon dan motosikal Honda EX-5 ini agak dekat dengan rakyat Malaysia. Honda EX-5 telah berada di pasaran sejak tahun 1987 lagi dan mendapat sambutan yang cukup hangat dan agak laris dari segi jualan sehingga mencapai jutaan unit.

“Ikon atau hiasan gambaran yang dipilih adalah objek yang paling kerap dilihat oleh rakyat Malaysia dan menjadi simbol bagi tatapan pengunjung luar. Dan gabungan antara Ikon Malaysia dan Honda EX-5 adalah sesuatu yang penuh ‘chemistry’ terutamanya menjelang bulan kemerdekaan hujung Ogos ini,” ujar Zaidi.

Biodata Pemilik
Nama : Nur Atirah Dalilah Binti Zaidi
Kerjaya : Penuntut Kolej Vokasional
Asal : Batu Gajah, Perak
Umur : 16 tahun
Mula Main Motor : 14 tahun
Ssejak Bila Minat Hias Motor : bulan Ogos (2021)
Spesifikasi moto : PEC Moto, 53(karburetor Wave 125)
Jenama Motor : EX5 High Power Honda
Tahun Pengeluaran : 1990
Bila Beli Motor : Pertengahan Tingkatan 1 (2020)
Bila Mula Ubah Suait Motosikal : Disember (2021)
Barang-barang yang ditukar
1) Ekzos Masigun
2) CDI 8 mode
3) Sportrim 3 calit/Rim sukan ikut citarasa
4) Aksesori semua Titanium Colour
5) Pengecas telefon
6) Pump brake

Airbrush : amy.airbrush Sungai Petani, Kedah
Baik Pulih : Bengkel Jaya Motorsport, Bandar Sri Pengkalan

Previous Post

Penghormatan Paling Berprestij Dunia Korporat, 40 Syarikat Dipilih Untuk Tahun Ini

Next Post

Ganti Atau Kekal Yang Asal?

Next Post

Ganti Atau Kekal Yang Asal?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved