Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

NVOG Ride Basah Lencun Ban Pecah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-08
in BULETIN, UTAMA
0


Kelab permotoran Northern Versys Owners Group (NVOG & Friends) bertandang ke Tanjung Piandang bagi menikmati senja yang indah di Ban Pecah. Sebanyak 30 buah motosikal berkuasa tinggi bergerak dari Juru Pulau Pinang menyusuri lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar melalui Bukit Merah. Kami disambut rakan bikers NVOG, saudara Pak Aq bersama isteri dan dibawa ke rumah mereka di Tanjung Piandang bagi menjamu laksa dan kuih-muih sebelum perjalanan diteruskan ke Ban Pecah.

Kewujudan Ban Pecah hanya diketahui baru-baru ini setelah tular di media sosial sekali gus menjadi tarikan menarik dan terbaru di Tanjung Piandang, Parit Buntar. Pemandangan dari udara memaparkan sawah padi terbentang dan dari satu sudut yang lain kelihatan pemandangan laut dengan sedikit ruang landai seakan-akan ‘berpantai’ menjadi pusat aktiviti penduduk mahupun orang luar berkunjung untuk beriadah.

Di sepanjang laluan pesisiran laut, kelihatan bongkah batu yang berfungsi sebagai pemecah ombak dan ini membentuk struktur tinggi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah. Makna ban itu sendiri ialah struktur tebatan air dibina untuk mengawal air daripada melimpah ke kawasan lebih rendah. Biasanya tanah ditambak dan dimampatkan tinggi, tetapi uniknya di lokasi Ban Pecah ini terdiri daripada bongkah batu.

Hujung minggu di sini seakan pesta apabila ada penduduk atau peminat aktiviti memancing bertenggek sepanjang kawasan bongkah untuk menikmati pemandangan mahupun menangkap ikan serta menjadi tumpuan pengunjung luar Parit Buntar mahupun Perak yang mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan indah terutamanya ketika waktu senja. Namun begitu, pengunjung diingatkan untuk meniti bongkah batu dengan berhati-hati kerana kedudukannya tidak sekata. Permukaan tidak rata membuatkan ia untuk dilepasi tetapi tidak sedikit pun menghalang ‘kaki’ media sosial untuk merakam pemandangan sekitar di sepanjang Ban Pecah. Kawasan ini dipenuhi kenderaan setiap hujung minggu sehingga ada penduduk berhampiran menawarkan servis parkir pada kadar tertentu.

Menurut sejarah yang kami dengar semasa di sana, Ban Pecah merupakan kawasan sawah padi yang subur namun ianya ditengelami air laut sekitar tahun 1960-an. Ia ekoran fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku ketika itu. Tarikan utama di lokasi Ban Pecah adalah pemandangan yang amat menarik terutama ketika matahari terbenam selain kawasan yang landai dengan bongkah batu sepanjang persisiran pantai yang disusun bagi mengekang hakisan ombak. Manakala, di sepanjang tebingnya pula terdapat pohon rendang yang menjadikan suasana sentiasa redup dan nyaman.

Konvoi NVOG berhenti untuk bergambar di Pit Stop Ban Pecah Tanjung Piandang Route A190 di mana terdapat tugu serta mercu tanda bagi orang ramai untuk bergambar. Ia menjadi popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar terutamanya bikers yang biasanya datang untuk melihat pemandangan laut yang cantik sambil menikmati mee udang serta Coconut Shake Tanjung Piandang. Aktivit riadah dan santai oleh kelab permotoran NVOG & Friends berakhir setelah kami melihat keindahan matahari terbenam dan merakam kenangan bersama sambil beramah mesra dengan penduduk setempat serta pengunjung yang hadir.

Indahnya ciptaaan tuhan yang ada di Ban Pecah telah berjaya menarik ramai pengunjung dan boleh dijadikan salah satu tempat pelancongan di negeri Perak. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan NVOG yang turut memeriahkan Ride Santai hujung minggu serta kepada Pak Aq dan isteri kerana sudi menjemput kami menjamu selera dengan Laksa Tanjung Piandang yang terbaik.

Perkongsian : Fazrul NVOG

cof
cof
cof
cof
cof
dav
cof
Previous Post

Baju Hujan Terbaharu Foxdry 05 Kini Sudah Tiba Di Pasaran!

Next Post

Yamaha NMAX 155, Pilihan Pelumba Rally Malaysia

Next Post

Yamaha NMAX 155, Pilihan Pelumba Rally Malaysia

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved