Hanya 15 mata berjaya dikutip oleh Valentino Rossi untuk 3 pusingan pertama MotoGP dan keputusan terbaik yang dicatatkan apabila menduduki tempat ke-10 di GP Itali di Mugello. Apakah punca yang menyebabkan Rossi gagal mempamerkan aksi cemerlang? Adakah ia berkaitan dengan nasib malang atau memang ada sesuatu yang tidak kena?
Berbanding prestasinya untuk jumlah pusingan yang sama pada musim lepas, sekurang-kurangnya beliau berjaya menaiki podium dan mengutip 58 mata yang menempatkan beliau di tangga ke-9. Adakah faktor usia yang mencecah 42 tahun membuatkan beliau tidak dapat beraksi cemerlang?
Hari ini, Rossi menduduki tempat ke-19 dan semasa kemalangan berlaku, beliau berada di tempat ke-13 belakang Bastianini, Alex Marquez dan Luca Marini. Kekecewaan jelas kelihatan di wajah bekas juara dunia dan masih lagi mencari punca kegagalannya untuk pusingan kali ini.
Selepas mencatatkan masa terpantas di tempat ke-11 semasa pusingan kelayakan, beliau mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Mungkin jawapan untuk segala persoalannya akan diketahui ketika ujian di Barcelona nanti?
Sumber : GPone