Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Nakarin Ungguli Perlumbaan 2, Azlan Naib Juara Keseluruhan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-12-17
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan ke-4 MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK) di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS menyaksikan aksi mendebarkan dalam Perlumbaan 2 kategori MSBK 1000 A. Nakarin Atiratphuvapat dari Honda Racing Thailand terus mendominasi dengan merangkul kemenangan keenam berturut-turut musim ini, beliau mengesahkan gelaran juara keseluruhan selepas Perlumbaan 1.

Perlumbaan bermula dengan Azroy Hakeem Anuar dari Boon Siew Honda Racing Team memimpin di hadapan, diikuti rapat oleh Kasma Daniel Kasmayudin dari Yamaha Tekhne Racing Team Asia. Namun, Nakarin yang bermula di tempat ketiga mengambil alih kedudukan pendahulu pada Pusingan 3 dan mengekalkan rentak pantas sehingga ke garisan penamat. Nakarin mencatat masa 21’15:661s, meninggalkan pesaing terdekatnya, Kasma, dengan jarak 5.322 saat. Kasma Daniel menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Azroy melengkapkan podium di tempat ketiga.

Walaupun tidak menamatkan perlumbaan dalam Perlumbaan 2, Azlan Shah Kamaruzaman dari Horizon Racing Team berjaya merangkul gelaran Naib Juara Keseluruhan MSBK1000 A 2024. Kasma Daniel pula menamatkan musim ini di tempat ketiga keseluruhan, mencerminkan persaingan sengit sepanjang kejuaraan.

Helmi Azman Unggul di Perlumbaan 2, Thanat Naib Juara Keseluruhan MSBK600
Muhd Helmi Azman dari Boon Siew Honda Racing Team, yang dikenali sebagai “Prince of Sepang,” membuktikan gelarannya dengan kemenangan bergaya dalam Perlumbaan 2 kategori MSBK600. Perlumbaan ini turut menyaksikan Thanat Laoongplio dari Honda Racing Thailand meraih gelaran Naib Juara Keseluruhan untuk musim ini.

Perlumbaan bermula dengan Thanat mendahului, diikuti rapat oleh Helmi dan rakan sepasukannya, Muhd Syarifuddin Azman. Helmi pantas mengambil alih kedudukan pada Pusingan 2 dan mengekalkan kawalan sehingga ke garisan penamat. Perlumbaan turut menyaksikan insiden melibatkan Rocco Sessler dari One For All dan Muhd Irfan Haykhal Amidi, yang terjatuh pada Pusingan 4 dan 8, memberi peluang kepada pasangan Boon Siew Honda untuk memperluaskan jurang kedudukan.

Helmi mencatat masa 22’00:028s, hanya 0.052s di hadapan Syarifuddin, manakala Thanat di tempat ketiga dengan 22’19:795s. Dengan kemenangan ini, Helmi menutup musimnya dengan sempurna sebagai juara keseluruhan MSBK600, diikuti Thanat di tempat kedua keseluruhan dan Syarifuddin di tempat ketiga.

Afif Raih Kemenangan, Irfan Dinobatkan Juara Musim 2024
Perlumbaan terakhir kategori MSBK250 A di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan aksi sengit, dengan Ahmad Afif Amran dari pasukan YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA berjaya memenangi Perlumbaan 2. Sementara itu, Irfan Ardiansyah dari pasukan HONDA NWN SCK RACING TEAM mengesahkan kejuaraan keseluruhan musim 2024.

Afif memulakan perlumbaan dengan cemerlang, tetapi cabaran sengit datang daripada Kitsada Tanachot dari HONDA RACING THAILAND yang berjaya memintas pada Pusingan 4 dengan kelajuan puncak 188.5 km/j. Namun, pada Pusingan 6, Afif kembali mengambil alih kedudukan pendahulu selepas pelbagai drama, termasuk kemalangan yang melibatkan Emil Idzhar dan Gerry Salim, yang menggagalkan peluang mereka untuk mencabar kedudukan teratas.

Afif menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 19’39:913s, diikuti oleh Mohd Haziq Mohd Fairues dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM dengan masa 19’40:821s. Irfan, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat, memastikan gelaran juara keseluruhan MSBK250 A menjadi miliknya, menutup musim 2024 dengan penuh gemilang.

MSBK1000A
TOP 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Nakarin Atiratphuvaphat – HONDA RACING THAILAND (21’15:661s)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21’21:899s)
3. Azroy Hakeem Anuar – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (21’51:959s)

Kedudukan Keseluruhan
1. Nakarin Atiratphuvaphat – HONDA RACING THAILAND (174 poin)
2. Azlan Shah Kamaruzaman – HORIZON RACING TEAM (117 poin)
3. Kasma Daniel Kasmayudin – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (111 poin)

MSBK600
Top 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Muhd Helmi Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22’00:028s)
2. Muhd Syarifuddin Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22’00:080s)
3. Thanat Laoongplio – HONDA RACING THAILAND (22’19:795s)

Kedudukan Keseluruhan
1. Muhd Helmi Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (188 poin)
2. Thanat Laoongplio – HONDA RACING THAILAND (129 poin)
3. Muhd Syarifuddin Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (118 poin)

MSBK250A
Top 3 Terpantas – Perlumbaan 2
1. Ahmad Afif Amran – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (19’39:913s)
2. Mohd Haziq Mohd Fairues – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (19’40:821s)
3. Muhd Jazil Juraimi – Singapore (19’40:822s)

Kedudukan Keseluruhan
1. Irfan Ardiansyah – HONDA NWN SCK RACING TEAM (132 poin)
2. Gerry Salim – Honda NWN SCK Racing Team (118 poin)
3. Kitsada Tanachot – HONDA RACING THAILAND (94 poin)

Previous Post

Himpunkan Peminat Motosikal Serantau!

Next Post

Hadiah Istimewa Untuk Peminat Superbike, Hanya 1,000 Unit Dihasilkan

Next Post

Hadiah Istimewa Untuk Peminat Superbike, Hanya 1,000 Unit Dihasilkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved