MV Agusta Motor melantik MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dan eksklusif motosikal, barang jenama dan juga alat ganti MV Agusta di Malaysia. Sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan, Agusta Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari AFY Mobility Sdn Bhd (AMI). Sebagai sokongan terhadap jenama ini dari pesaing lain di Malaysia, kesemua motosikal MV Agusta bakal diedarkan dalam negara akan dipasang dengan lengkap di Glenmarie, Shah Alam.
MV Agusta Motor juga mengambil kesempatan ini dan mengucapkan tahniah kepada pengerusi eksekutif AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya dan AMI dengan termeterainya Memorandum Persefahaman dengan MARA Malaysia untuk menerbitkan motosikal jenama Malaysia dan bekerjasama dalam menjadikan malaysia sebagai hub motosikal global. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Motor S.P.A, Timur Sardarov berkata, beliau sangat teruja dengan perkembangan terbaharu ini yang menandakan kerjasama penting dan meluaskan lagi kehadiran MV Agusta di salah sebuah pasaran yang mempunyai ekonomi paling dinamik di Asia Tenggara. Pemasangan CKD bersama dengan rakan kongsi di sini pastinya memberikan rangsangan terhadap daya saing jenama ini, seiring dengan strategi peluasan global MV Agusta.