Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Mudah Dan Murah, Tak Perlu Modifikasi, Hanya Berbelanja Untuk Dapatkan Tayar Yang Sesuai

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-17
in BULETIN, UTAMA
0

Penunggang motosikal yang benar-benar serius tentang motosikal seringkali bercakap tentang bagaimana untuk pergi lebih laju. Lazimnya, ia berkaitan kerja-kerja modifikasi enjin, menambahkan kuasa pada bahagian-bahagian alat ganti seperti ekzos, menggantikan alat-alat stok dengan komponen lebih ringan dan juga, menala suspensi atau menggantikan kesemua alat-alat ganti sedia ada.

Namun, meningkatkan prestasi adalah jauh lebih mudah berbanding membelanjakan duit untuk kerja-kerja modifikasi dengan hanya menggantikan tayar dengan set tayar yang bagus kerana, ke mana motosikal mampu pergi tanpa adanya tayar? Enjin motosikal mungkin boleh menghasilkan lebih 30 hp tetapi anda tidak mampu mencapainya kerana set tayar yang teruk.

Di sini ada 5 sebab kenapa dengan hanya menukar tayar dapat memberikan perbezaan yang ketara dalam prestasi motosikal anda!

1. Tarikan (Traction)
Tayar yang usang atau sudah lama digunakan tidak mampu memberikan jumlah tarikan yang diperlukan ketika membrek atau memasuki selekoh. Bagaimanapun, menggantikan tayar tersebut dengan tayar sub-standard langsung tidak membantu. Tayar yang bagus akan memberikan tarikan yang diperlukan untuk memaksimakan kuasa enjin ketika pemecutan, meningkatkan prestasi membrek dan juga suspensi berfungsi lebih baik ketika mengambil selekoh.

2. Selesa
Tayar yang sudah lama sudah tentu kehilangan daya elastik, menyebabkan ia terasa lebih keras. Akibatnya, anda akan merasakan setiap bonggolan yang ditempuhi. Tangan anda akan menjadi kebas dan badan terasa bergoyang. Tayar yang paling selesa selalunya adalah city riding atau tayar sport-touring seperti Road 5 atau Power 5. Kedua-duanya menawarkan penunggangan yang selesa dengan mengambil kira keselesaan di jalan-jalan yang tidak rata.

3. Keyakinan
Tayar baharu yang bagus memberikan prestasi yang diperlukan untuk semua aspek tarikan termasuk stereng, memasuki selekoh dan tarikan ketika membrek. Kesemua aspek prestasi tayar ini meningkatkan keyakinan penunggang motosikal. Bukan sahaja yakin, malah penunggang lebih bertenang ketika menunggang. Akhir sekali, dengan keyakinan penunggangan jadi lebih menyeronokkan. Tayar jalanan seperti Michelin Road 5 atau Power 5 menawarkan perasaan yang hebat tanpa menenggelamkan kesemua deria anda. Bermakna, anda masih lagi peka dan sedar dengan keadaan sekeliling walaupun teruja dan yakin ketika menunggang motosikal.

Sebelum itu, suka diingatkan yang sesetengah jenis tayar mungkin menjanjikan cengkaman yang hebat tetapi hanya jika ia benar-benar dipanaskan sepenuhnya terlebih dahulu. Tayar jenis ini hanya sesuai untuk kegunaan di atas litar. Antara tayar yang sesuai termasuk Michelin Road 5 atau Power 5, pantas dipanaskan dan mempunyai pembalut prestasi yang bagus untuk pelbagai keadaan jalan dan suhu tayar.

Dalam masa yang sama, sekiranya anda memerlukan tayar lebih sporty, Power GP memberikan tawaran hebat, tarikan yang cekap di atas kedua-dua jalan biasa dan litar lumba. Power Cup sesuai untuk tayar “trackday” yang membolehkan penunggang menunggang motosikal di atas litar. Tayar ini memberikan perasaan yang hebat dan keyakinan cukup tinggi terutama sekali berkaitan kelajuan dan sudut menyenget.

4. Keselamatan
Tayar yang sudah lama digunakan atau tayar yang sudah keras tidak mempunyai cengkaman yang baik. Ia mungkin melompat setiap kali melalui bonggolan atau jalan tidak rata membuatkan cengkaman menjadi kurang. Lebih teruk lagi, tayar sub-standard juga tidak mampu memberikan kestabilan atau lebih teruk lagi, tiada tarikan. Pada motosikal dengan ABS, anda boleh rasa ABS dilepaskan. Bagi tujuan itu, anda perlu menggantikannya dengan kurang membrek dan mempunyai jarak brek yang lebih jauh dan masa berhenti yang tepat.

Tayar Michelin Pilot dibuat untuk menawarkan prestasi terbaik ketika membrek walaupun motor sedang menyenget tyres, memberikan masa untuk membrek sebelum memasuki selekoh.

5. Fizik
Penulis mempunyai pengalaman menggunakan semua jenis tayar yang ada di pasaran. Terdapat tayar yang memberikan perasaan yang sangat bagus ketika masih lagi baru tetapi mula berubah walaupun baru pakai separuh. Sesetengah tayar bahagian depan ingin menegak ketika berada di selekoh, membuatkan penulis terpaksa membawa motor ke bawah. Mungkin ada yang berfikir perkara begini hanya akan terjadi kepada motosikal persendirian tetapi ia juga muncul dan terjadi ketika ujian model-model motosikal (seperti Kawasaki Z900, Yamaha MT-10, Yamaha R-1M dan Honda CBR1000RR). Keadaan menjadi bertambah teruk apabila penulis merasakan kekebasan dan juga hilang kawalan.

Perkara ini tidak akan terjadi dengan tayar Michelin. Tayar-tayar Michelin dibina untuk prestasi maksima ketika hendak menggunakan indikator (mungkin lebih dari itu). Tayar yang sudah dipakai dan lusuh tidak memberikan prestasi motor yang baik seperti tayar baharu tetapi sekurang-kurangnya, penulis tidak perlu bergaduh dengan motosikalnya.

Kesimpulan
Jadi, fikir tentang menaiktaraf atau mengemaskini tayar anda terlebih dahulu sekiranya ingin pergi lebih laju. Tambahan pula, memodifikasi enjin dan beberapa komponen lain akan meningkatkan kos dan banyak duit diperlukan serta mungkin juga berlaku isu waranti.

Tayar yang bagus menawarkan lebih dan berbaloi untuk wang yang dibelanjakan.

Previous Post

Kajian Berterusan Bagi Menilai Semua Aspek Sebelum Sebarang Hala Tuju Dipertimbangkan

Next Post

Jika Dibiarkan Tanpa Dibaiki, Kerosakan Jadi Lebih Teruk Dan Enjin Sangkut Tak Bergerak

Next Post

Jika Dibiarkan Tanpa Dibaiki, Kerosakan Jadi Lebih Teruk Dan Enjin Sangkut Tak Bergerak

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved