Motosikal Tarus 2X2 Muat Disimpan Dalam Bonet?

Benar bagai dikata, orang Rusia memang cekap sehingga daya pemikiran mereka lebih mekanikal dan bukannya emosi. Ini dapat dilihat menerusi motosikal Tarus 2X2 yang sangat berguna tetapi cukup ringan. Kompak dan boleh dipikul ke mana-mana sahaja. Walaupun rekabentuknya tidak begitu menarik dan agak menyakitkan mata tetapi ia pasti popular di kalangan kaki pancing, jalan-jalan cari makan dan tak kurang juga yang suka beriadah.

Dilengkapi enjin 210cc dengan kelajuan tertinggi pada 22mph (~35km/j), motor 2×2 ini sangat sesuai untuk kegunaan lasak. Tambahan pula, ia didatangkan dengan kelengkapan jalan berbatu serta berdebu, tayarnya pula membolehkan motor ini terapung atas air.

Ada beberapa ciri lain yang belum didedahkan seperti yang tertera di laman rasminya, sesetengah material hanya didedahkan dalam bahasa Rusia. Sekiranya ia mula dieksport, barulah (material yang digunakan) akan diterjemahkan kemudian. Apa yang menariknya, motor ini boleh dilerai dan dipasangkan semula dalam masa kurang lima minit serta muat disimpan dalam bonet!

Satu lagi info yang boleh dikongsi. Ia hanya dipasarkan di Rusia!

Sumber : BossHunting.com