Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motosikal Konsep Tesla Model M, Kurang Sesuai Dan Tidak Selesa!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-05
in BULETIN, UTAMA
0

Selagi di atas kertas, tiada idea yang buruk atau salah. Lebih kurang begitulah kerana tiada batasan untuk sesuatu imaginasi apatah lagi peraturan yang menyusahkan. Disebabkan itu, terlalu banyak versi imaginasi dari pereka. Sebagaimana yang dapat dilihat, rekaan motosikal konsep model M untuk Tesla ini. Belum tentu ada yang setuju untuk membeli atau menggunakannya. Setuju?

Jika nak dibandingkan, tidak banyak yang dapat ditemui berbanding tahun 90-an dan 80-an, di mana beberapa pengeluar mereka cipta beberapa motosikal yang hebat tetapi tidak pernah dikeluarkan. Dengan adanya platform seperti Instagram, ia bukan lagi menjadi tempat untuk mengisi gambar-gambar makanan sebelum makan malam atau sesi bersenam di gim.

Terdapat banjiran gambar-gambar dari pereka yang berkongsi hasil imaginasi motosikal masing-masing dengan menggunakan varian dan gaya berbeza atau sekadar menggunakan super-impose untuk liveri yang ikonik ke atas model baharu.

Salah satu yang berjaya menarik perhatian Visordown, Tesla Model M yang rekaannya dicipta oleh Victor Rodriguez Gomes kerana ianya melibatkan nama besar. Namun begitu, ia bukanlah model konsep yang diiktiraf Elon Musk. Sekurang-kurangnya, bukan sekarang. Mungkin suatu hari nanti? Tiada siapa tahu!

Baiklah, siapa yang tidak tahu atau kenal dengan jenama Tesla yang membina kereta pertamanya pada tahun 2008 dan melonjak dalam industri serta mengubah persepsi tentang pengangkutan elektrik. Mungkin, ia sejenis keajaiban yang diperlukan dalam industri untuk menolak komuniti ke arah elektrik dan bagaimana Elon Musk sering disoal samada Tesla akan mengeluarkan motosikal sendiri. Sehingga kini, jawapan beliau tetap sama. Tidak!

Sekiranya Tesla mempunyai motosikal sendiri, adakah ia seperti Model M ini?

Harapnya tidak kerana, konsep ini tidak seharusnya memasuki arus perdana. Mungkin bukan sekarang atau lebih sesuai dikeluarkan pada masa hadapan? Motor ini tidak bersifat ergonomik. Roda tanpa hub bukan sesuatu yang baharu atau mustahil, lihat sahaja Verge TS. Persoalannya, bagaimana ia berfungsi? Atau ia hanya sesuai dan cantik di atas kertas.

Ironinya, Model M ini seakan mengingatkan kepada Cybertruck dan juga Cyberquad serta membuatkan anda bertanya, kenapa jentera ini dan yang lain-lain sebelum ini menggambarkan motosikal Tesla sebagai futuristik? Sememangnya Tesla lebih berinovasi dan tiada batasan apabila menyentuh tentang kejuruteraan tetapi dari sudut gaya, kereta keluarannya kelihatan biasa.

Mungkin bukan salah pereka Model M ini tetapi pemikiran penulis sendiri yang masih tidak boleh hadam melihat motosikal futuristik. Apa-apa pun, bakat yang ada pada Victor Rodriguez Gomez ini tidak boleh dinafikan. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti Elon Musk terlihat rekaannya dan bercadang untuk mengeluarkannya sebagai motosikal futuristik elektrik pertama Tesla. Kita tunggu dan lihat.

Sumber : Visordown

 

Previous Post

Pengeluar skuter Taiwan Gogoro Lancar Skuter Baharu, Khusus Untuk Wanita

Next Post

Himpun Dan Tarik Minat Belia, Raikan Permotoran Dan Tambah Pengetahuan

Next Post

Himpun Dan Tarik Minat Belia, Raikan Permotoran Dan Tambah Pengetahuan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved