Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motosikal Elektrik Pertama Dijana Kapasitor Ultra

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-25
in BULETIN, UTAMA
0

Syarikat pengkhususan dalam pembangunan bateri super teknologi tinggi dan sistem pengecasan, Nawa Technologies bakal merubah landskap motosikal elektrik. Nawa Technologies membangunkan gabungan teknologi bersih dan nano dalam menghasilkan elektrod unik yang digabungkan ke dalam Bateri Karbon Ultra Pantas.

Teknologi baharu dikenali sebagai kapasitor ultra itu mampu menyimpan lebih banyak elektrik dan mengecas lebih pantas menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi. Salah satu digunakan pada NawaRacer yang merupakan motosikal elektrik pertama di dunia dijana kapasitor ultra. Jika dilihat, jentera berkenaan sama sahaja seperti motosikal elektrik yang berada di pasaran.

Bagaimanapun, teknologi yang dipadankan oleh Nawa pada model konsep motosikal itu akan merubah masa depan pasaran motosikal elektrik. NawaRacer menjanjikan 10 kali ganda kuasa dan lima kali ganda tenaga berbanding bateri ion litium konvensional dipadankan pada kenderaan elektrik. Motosikal elektrik yang mendapat inspirasi daripada rekaan jentera café racer 1960-an itu hadir dengan berat 150 kg sahaja sekali gus lebih ringan berbanding motosikal elektrik lain.

Dengan dilengkapi teknologi kapasitor ultra, ia mampu menampung bateri yang lebih kecil membuatkan jentera terbabit ringan. Nawa mendakwa jentera baharu tersebut mampu menjelajah sehingga 300 km dalam jarak bandar dan berupaya mengecas sebanyak 80 pertus dalam tempoh satu jam sahaja.

Dalam pada itu, NawaRacer mampu memecut pada kelajuan maksimum mencecah 160 km/j. Bila ia bakal berada di pasaran, hanya masa akan menentukan. – rideapart
Sumber : Mekanika

Previous Post

Enam penunggang motosikal Ditahan!

Next Post

Piaggio Bakal Muncul Di Beijing Motor Show 2021?

Next Post

Piaggio Bakal Muncul Di Beijing Motor Show 2021?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved