Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motosikal Edisi Terhad, Diinspirasikan Alpine A110

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-11
in BULETIN, UTAMA
0

Bukan sahaja didatangkan dalam warna biru yang sama, motor edisi terhad Superveloce Alpine ini turut dilengkapi logo, lencana serta rim tayar CNC berwarna hitam yang sama digunakan kereta Alpine A110 terkini. Selain itu, Superveloce Alpine ini turut membawa beberapa ciri lain termasuk motif bendera Itali dan Perancis di salah satu bahagian tepi fender hadapan juga tempat duduk Alcantara dengan jahitan biru.

Motor ini dikuasakan oleh enjin 3-silinder 798cc yang menghasilkan 145hp (108kW / 147 PS) dan tork 65lb-ft (88Nm). Jika ia masih tidak mencukupi, kit perlumbaan menambah lagi ECU dan ekzos Arrow untuk meningkatkan output sehingga 151hp (113 kW / 153 PS). Walau apa pun outputnya, enjin ini disambungkan kepada transmisi 6-kelajuan yang membolehkan motosikal ini mencecah kelajuan tertinggi sehingga 149mph (240 km/j).

Bagi mengekalkan sudut prestasi, Superveloce Alpine ini dipasangkan dengan lengan hayun aluminium, brek depan Brembo dan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II. Selain itu, ia juga dilengkapkan dengan gentian karbon dan komponen titanium juga pemapar digital 5 inci.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov berkata, ramai pelanggan Alpine adalah peminat motosikal MV Agusta dan begitu juga sebaliknya. Kolaborasi bersama dengan salah satu jenama yang paling dikagumi dalam sejarah permotoran amat dinanti-nantikan dan yakin, edisi terbaharu dan terhad ini akan memenuhi dan menepati kehendak para peminat dunia dua roda dan juga permotoran di seluruh dunia.

Untuk rekod, motor ini terhad kepada 110 unit dengan mengikut harga Itali pada €36,300 dan harga ini termasuk kit perlumbaan.

Sumber : Carscoops

Previous Post

Mula Diedarkan Ke Seluruh Negara Dengan Harga RM3,546 Seunit!

Next Post

Si Belang Yang Pernah Jadi Kegilaan Anak-Anak Muda

Next Post

Si Belang Yang Pernah Jadi Kegilaan Anak-Anak Muda

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved