Di pasaran Asia dan Eropah, para pengeluar motosikal telah mengeluarkan motor berkapasiti kecil seperti motosikal dengan gaya retro. Jika dilihat semula, tidak banyak motor yang diinspirasikan oleh gaya retro di pasaran seperti yang ada pada hari ini.
Baru-baru ini Wuyang-Honda iaitu anak syarikat Honda di China telah melancarkan CB190SS yang merupakan roadster moden retro yang mesra pengguna khususnya golongan penunggang baharu. Berbeza dengan naked sportbike CB keluaran Honda lain yang mengikut rekaan Neo Sport Café, CB190SS banyak menggunakan lebih banyak gaya tradisional.
Dalam masa yang sama,ia tidak membelakangkan ciri-ciri moden deperti lampu LED, panel instrumen digital dan fork berciri premium. Honda ternyata memberikan fokus terhadap setiap perincian untuk memastikan CB190SS tampil sempurna.
Roadster ini dibina lebih nipis untuk mencetuskan nilai estetik classic café racer. Bahagian ekornya, telah dikeluarkan bagi beri laluan untuk pelana tempat duduk. Bahagian tangki bahan pula diletakkan di bahagian atas karburator untuk menampilkan gaya klasik yang nampak benar-benar sahih. Ia juga dilengkapi dengan analog panel instrumen digital yang ditempatkan pada pod bulatan tidak simetrik di bahagian pemegang bar. Akhir sekali, lampu LED berbentuk bulat sebagai lampu utama agar nampak lebih moden.
Bagi sudut prestasi, CB190SS ini dilengkapi dengan penyejukan cecair, suntikan bahan api, enjin 184cc, motor silinder tunggal yang mengeluarkan sehingga 17 hp. Di China, ia dijual pada harga $2,656 USD bersamaan RM11,002.21.
Sumber : Rideapart