Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Motosikal 2-Lejang Baharu Dari England Bakal Muncul Tak Lama Lagi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-17
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal 2-Lejang Baharu Dari England Bakal Muncul Tak Lama Lagi

Macam mana generasi wicet (WeChat) kecur air liur bila bercakap tentang Y suku, begitu juga reaksi golongan 40-an ke atas bila bercerita pasal motosikal 2-lejang. Bagi yang minat, memang lain macam dia punya perasaan. Jeritan ekzos yang mengejutkan penduduk kampung yang nyenyak tidur, haruman bau minyak 2T wangi dan kepulan-kepulan asap bagaikan pertunjukan udara LIMA di Langkawi memang banyak membangkitkan nostalgia.

Sebenarnya, ramai peminat motosikal 2-lejang ni sehinggakan harganya dah jadi tak masuk akal. Peraturan emisi ekzos menjadi punca kepada kepupusan motosikal dengan enjin jenis ini. Namun, jauh di seberang laut sana ada sebuah syarikat yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan motosikal 2-lejang ini. Syarikat Langen Motorcycle yang berasal dari England kini sedang sibuk untuk menyiapkan sebuah motosikal sports 250cc 2-lejang serba baharu. Kalau dalam dunia kereta sports tahun 90-an, ia bersamaan dengan model sports dengan enjin 6-selinder NA transmisi manual tau. Fuhh, tetiba pulak meleleh air liur.

Motosikal ini bakal dilengkapi dengan enjin condong 90 darjah V-twin dengan aci sesondol counter-rotating yang dibekalkan oleh firma Vins dari Itali. Ia dikatakan mampu menghasilkan 80 bhp kuasa pada 11,800 rpm. Sebagai perbandingan Kawasaki Z800 dengan enjin 4-lejang mempunyai 113 hp kuasa walaupun mempunyai sesaran yang jauh lebih besar.

Penggunaan panel-panel dari gentian karbon dan kerangka aluminium membolehkan motosikal ini mendapat berat yang cukup ideal. Bayangkan kelajuan motosikal dengan 80 hp kuasa pada jentera dengan berat 112 kilogram. Psst… berat Y15ZR pun 115 kilogram. Suspensi depan disokong oleh sepasang penyerap hentak Ohlins 43mm manakala bahagian belakang menggunakan sepasang peyerap hentak Ktech Razor. Tiada tetapan monoshock pada motosikal ini tetapi suspense belakang dipasang pada kedudukan yang agak ekstrim.

Direka agar kelihatan seperti sebuah café racer klasik tapi pada masa yang sama masih kelihatan moden. Setiap unik bakal dihasilkan mengikut tempahan pelanggan dan dihiasi dengan kemasan emas 24-karat sebagai daya penarik. Pastinya motosikal ini tidak akan dijual pada harga yang murah. Dengarnya harga motor ini bila dilancarkan ialah sekitar £30,000 bila dilancarkan musim panas nanti. Itu dah sekitar RM161,545!

Kemungkinan motor ini akan menjadi rebutan di pasaran kelak. Lagipun, mustahil jumpa motosikal sport 2-lejang murah sekarang. Kalau nak murah, carilah yang kategori underbone. Itu sahaja pilihan yang ada.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

500 Pekerja Harley-Davidson Bakal Diberhentikan

Next Post

20 Motosikal Termahal Di Dunia

Next Post

20 Motosikal Termahal Di Dunia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved