Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

MotoGP San Marino; Morbidelli Cemerlang, Quartararo Kecundang!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-14
in BULETIN, UTAMA
0

Perlumbaan Grand Prix Motosikal 2020 (MotoGP) menyaksikan pemenang sulung keempat musim ini selepas pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT), Franco Morbidelli memenangi Grand Prix (GP) San Marino.

Menurut laman web rasmi MotoGP www.motogp.com, pelumba dari Itali berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan 27 pusingan di Litar Dunia Misano sepanjang 4.226 km dalam masa 42 minit dan 02.272 saat (s), mendahului Francesco Bagnaia (+ 2.217s) dan Joan Mir (+ 2.290s) masing-masing dari Team Suzuki Ecstar dan Pramac Racing.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi rakan sepasukan dan juga pendahulu kejuaraan MotoGP, Fabio Quartararo dari Perancis yang gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh dan membolehkan Andrea Dovizioso dari Ducati Team, yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh, merampas kedudukan pendahulu dengan 76 mata.

Quartararo kini berada di tempat kedua dengan enam mata di belakang Dovizioso dan seorang lagi pelumba Ducati Team, Jack Miller dengan 64 mata, sementara Morbidelli berada di tempat ketujuh dengan 57 mata. Selain Morbidelli, pelumba lain yang pernah meraih kejuaraan sulung kelas MotoGP musim ini termasuk Quartararo yang memenangi dua perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez, Brad Binder dari Afrika Selatan (Red Bull KTM Factory Racing) dan Miguel Oliveira dari Portugal (Red Bull KTM Tech 3).

Perlumbaan hari ini juga menyaksikan pemenang berbeza yang kelima selepas enam perlumbaan musim ini yang dijadualkan semula ekoran penularan pandemik COVID-19. Terdahulu dalam perlumbaan kelas Moto3, pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing John Mcphee dari Great Britain muncul juara dalam perlumbaan penuh dramatik selepas mencatat masa 39:48.952s walaupun bermula dari petak ke-17, sementara rakan sepasukan Khairul Idham Pawi, yang kembali beraksi selepas menjalani pembedahan jari kelengkeng tangan kanan, menamatkan perlumbaan di tempat ke-21.

“Saya tahu ia agak sukar untuk mara ke depan. Seawal pusingan pertama saya sudah memintas ke kedudukan ke-11, jadi saya terus tenang dan mencari peluang untuk ke depan. Saya amat gembira! Ia suatu impian menjadi kenyataan untuk berada di kedudukan teratas di sini selepas menghadapi pelbagai masalah pada perlumbaan lepas (di GP Austria),” kata Mcphee.

Dalam kelas Moto2, pelumba Petronas Sprinta Racing Xavi Vierge dari Sepanyol menamatkan perlumbaan di tempat keempat, 2.177s di belakang pemenang, Luca Marini dari Sky Racing Team VR46 yang mencatat masa 40:41.774s, sementara rakan sepasukan Jake Dixon dari Great Britain di tempat ke-16.

Pelumba Malaysia Kasma Daniel Kasmayudin dari Onexox TKKR SAG Team menamatkan saingan di tempat ke-20 manakala Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Oceanica Aspar Team Moto2, yang kembali beraksi selepas pertembungan mengerikan di GP Austria pada 16 Ogos lepas, terjatuh ketika perlumbaan berbaki empat pusingan. Pusingan kelapan kejuaraan dunia motosikal itu akan berlangsung dari 18-20 Sept di litar yang sama. — BERNAMA

Previous Post

Bapak Rayqal... Berjuang Bersama XYC400 Classic Demi Anak Autisme!

Next Post

Suzuki Rai Ulang Tahun Dengan GSX-R1000R 100th Anniversary Edition

Next Post

Suzuki Rai Ulang Tahun Dengan GSX-R1000R 100th Anniversary Edition

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved