Sebagaimana yang sedia maklum, perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Dunia untuk musim 2021 bakal berlangsung pada minggu ini di Qatar. Berikut kalendar perlumbaan sepanjang musim 2021 dan perlumbaan di Malaysia bakal diadakan pada 31 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang seperti yang telah dijadualkan.
Namun begitu, perlumbaan bagi GP Argentina (Termas de Río Hondo) dan Amerika Syarikat (Austin) terpaksa ditangguhkan.
Kalendar Perlumbaan MotoGP Musim 2021
28 Mac – Qatar (Losail)
4 April 4 – Qatar (Losail)
18 April – Portugal (Algarve)
2 Mei – Sepanyol (Jerez)
16 Mei – Perancis (Le Mans)
30 Mei – Itali (Mugello)
6 Jun – Catalonia, Sepanyol (Barcelona)
20 Jun – Jerman (Sachsenring)
27 Jun – Belanda (Assen)
11 Julai – Finland (KymiRing)
15 Ogos – Austria (Spielberg)
29 Ogos – Great Britain (Silverstone)
12 September – Aragon, Sepanyol (Alcaniz)
19 September – San Marino (Misano)
3 Oktober – Jepun (Motegi)
10 Oktober – Thailand (Buriram)
24 Oktober – Australia (Phillip Island)
31 Oktober – Malaysia (Sepang)
14 November – Valencia, Sepanyol (Ricardo Tormo)
Perlumbaan MotoGP ini nyata mengujakan khususnya kepada para peminat tempatan yang rata-ratanya mahu melihat pelumba pujaan mereka Valentino Rossi yang beraksi buat pertama kalinya untuk PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team. Begitu juga dengan kemunculan Joan Mir bersama pasukan Team Suzuki Ecstar untuk merangkul kejuaraan sekali lagi pada musim 2021 ini?
Sumber : Berita Harian