Jenama motosikal Moto dari China telah memperkenalkan sportbike fairing penuh S450RR dan ianya penyalinan BMW S 100 RR yang sangat ketara, dari rekaan fairing, warna, rekabentuk headlight dan logo yang diletakkan atas fairing. Bukan itu sahaja, lambang RR yang besar juga sama. Motor S450RR ini turut mempunyai skrin TFT warna penuh, pemegang handle clip-on dan macam-macam lagi. Suspensi di bahagian hadapan dan monoshock di belakang yang melengkapi rekaan sporty motor ini juga mirip S 1000 RR.
Motor dengan 450cc ini dilengkapi dengan enjin silinder kembar selari dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menghasilkan kuasa maksima 24bhp pada 6,500rpm dan tork puncak 22Nm pada 7,000rpm.
Bagi aspek pemberhentian motor ini pula terdiri dari dua cakera di bahagian depan dengan cakera tunggal di bahagian belakang bersama sistem brek antikunci (anti-lock braking system – ABS). Lampu depan dan belakang juga LED.
Berbanding dengan harga BMW S 1000 RR, Moto S450RR ini dijual pada harga 50 juta di Vietnam (Dong) bersamaan dengan RM8.9k harga di Malaysia. Adakah anda mahu dan sanggup berbelanja sebanyak itu untuk mendapatkan salinan superbike BMW S 1000 RR?
Sumber : Motosaigon.vn