Tidak dinafikan, ramai yang memasang impian untuk memiliki sebuah motosikal Ducati khususnya Panigale dan Streetfighter V4. Bagi sekumpulan penjenayah di Winchester, Hampshire di UK, mereka mengambil keputusan untuk memenuhi impian itu dengan mencuri sebuah Panigale V4R. Kedai malang yang menjadi mangsa kumpulan ini adalah Moto Rapido Ducati. Mereka dikatakan telah memecahkan dan menebuk lubang dinding konkrit kedai ini.
“Sedikit kejutan pagi ini. Kedai dipecah masuk, mereka sebenarnya pecahkan dinding di bahagian bawah tangga yang tidak dapat dirakam oleh kamera CCTV dan sistem penggera. Sebuah V4 dicuri. Tidak ada gunanya berkongsi maklumat (atas nasihat polis) yang tidak menunjukkan langsung minat. Anda perlu kagum dengan usaha pencuri ini! Tiada siapa sanggup bersusah-payah macam ini untuk mencuri sebuah Yamaha atau BMW,” tulis pemilik kedai Moto Rapido Ducati, Steve Moore.
Kecurian yang dirancang dengan cukup rapi itu telah mengakibatkan Moto Rapido Ducati menanggung kerugian sekitar £35,000 (RM189,700). Menurut laporan Hampshire Chronicle, V4R sepatutnya tidak menjadi sasaran pencuri tetapi sebuah lagi motosikal yang dikatakan mempunyai tiga kali ganda harga V4.
Tidak lama kemudian, Moore memberitahu bahawa ada pengedar motosikal lain mengubunginya. Mereka kata motosikal dicuri menggunakan cara yang sama. CCTV yang dipasang di bangunan sebelah menunjukkan pencuri-pencuri itu merosakkan sebuah kamera. Mujurlah Ducati segera menghantar motosikal gantian kepada Moto Rapido untuk diserahkan kepada pelanggannya.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ