Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Morbidelli Anggap Diri Bertuah, Hanya Alami Cedera Ringan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-17
in BULETIN, UTAMA
0

Morbidelli Anggap Diri Bertuah, Hanya Alami Cedera Ringan

“Saya anggap diri saya amat bertuah”, kata pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Franco Morbidelli yang terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Moto di GP Austria di Litar Red Bull Ring semalam. Pelumba Itali berusia 25 tahun itu terlibat dalam kemalangan dramatik dan bahaya di Selekoh 3 pusingan 6 dengan pelumba Perancis, Johann Zarco daripada Esponsorama Racing yang menyebabkan bendera merah dikeluarkan. Tangan kanan, bahu dan kepalanya cedera dalam nahas itu, tetapi imbasan CT menunjukkan tiada kecederaan teruk.

“Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat. Ia kemalangan yang aneh kerana Johann (Zarco) memintas saya di laluan lurus dan kemudian menukar laluannya dengan membrek sehingga terbabas,” katanya seperti dipetik dalam laman web pasukan itu ;www.sepangracingteam.com.

“Dengan keadaan itu adalah mustahil untuk saya mengelaknya. Syukur, kedua-dua kami okay. Adalah penting untuk mendapatkan mata baik pada perlumbaan ini …saya minta maaf kepada pasukan saya kerana kami tidak berjaya melakukannya kali ini. Saya mencuba yang terbaik tetapi tidak dapat lakukan kali ini. Kami akan cuba semula Ahad depan,” katanya.

Sementara itu, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata semalam merupakan waktu sukar bagi pasukan, dengan Morbidelli cedera dalam insiden itu manakala rakan sepasukannya, Fabio Quartararo menamatkan saingan di tempat kelapan selepas berdepan isu teknikal pada jenteranya.

“Kami gembira Franco tidak apa-apa, keadaan pasti lebih teruk buat dirinya dan orang lain. Kami doakan yang terbaik buat dirinya dan kami pasti akan bangkit dengan lebih menyerlah pada minggu depan,” kata Razlan.

“Kami sedar litar ini sukar buat Yamaha, tetapi saya fikir kami perlu nilai dan semak semula apa yang berlaku pada Fabio hari ini. Dengan ini kami boleh buat persediaan untuk perlumbaan di sini pada hujung minggu depan (di litar sama), dan berharap untuk melakukan penambahbaikan,” katanya.

Pelumba Itali, Andrea Dovizioso daripada Ducati MotoGP Team, menjulang kemenangan pertamanya dalam MotoGP pada musim ini selepas mencatatkan 28 minit 20.853 saat dalam perlumbaan itu yang dimulakan semula kepada 20 pusingan selepas insiden itu.

Pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar dan pelumba daripada Pramac Racing, Jack Miller, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan perbezaan masa 1.377 saat dan 1.549 saat. — BERNAMA

Previous Post

Kawasaki Ninja 400, Prestasi Tahap Legenda

Next Post

Tayar Kingstone, Dua Tayar Jalanan Yang Ekonomi

Next Post

Tayar Kingstone, Dua Tayar Jalanan Yang Ekonomi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved