Boon Siew Honda telah mengumumkan kemas kini jalur baharu moped perdananya, Honda RS-X. Sejak diperkenalkan pada 2021, Honda RS-X telah meraih populariti di kalangan pengguna Malaysia yang menghargai gabungan sempurna penggayaan sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri termaju.
Untuk 2023, Honda RS-X hadir dengan grafik moden yang menonjol sekaligus akan membawa keseronokan kepada penunggang. Reka bentuk ini akan menawarkan pengguna bukan sahaja persembahan moped terbaik, tetapi juga memberikan kombinasi sporty yang tampan.
Honda RS-X tersedia dalam pilihan 2 pilihan grafik baharu pada Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea, dan penampilan segar untuk Edisi Trico, yang akan dilengkapi dengan rim berwarna emas. Badan sisi pada Lemon Ice Yellow didatangkan dengan garis jingga yang menyerlah dengan gabungan tulisan hitam tebal dan logo latar belakang putih, memastikan grafik baharu Honda RS-X terserlah. Candy Caribbean Blue Sea hadir dengan campuran kelabu dan hitam pada bahagian sisi badan, memastikan bahagian luar kelihatan jelas dan moden.
Edisi Trico akan lebih teserlah kerana ia mengikuti DNA CBR. Campuran tiga warna ikonik merah, biru dan putih pada badan disalut dengan rim emas pada roda. Kesueluruhan grafik baharu memberikan Honda RS-X rupa yang lain dari lain.
Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue berharga RM9,698, manakala Trico Edition berharga RM9,748 dan boleh didapati di semua pengedar sah Honda menjelang 4 Januari 2023.