Tiga bulan terakhir 2021, dunia permotoran dipenuhi dengan pelbagai program dan aktiviti yang menghidupkan kembali persada dua roda di Malaysia. Salah satu program yang dianjurkan ialah Konvoi Motosikal Negeri Sembilan. Dianjurkan oleh KW Motorsport dengan kerjasama penyelaras Dun Juasseh yang menaja makanan dan hadiah cabutan bertuah.
Hampir 100 buah motosikal pelbagai jenis telah menyemarakkan lagi penganjuran program ini yang turut menerima kerjasama dari penggerak pelancongan Kuala Pilah. Selain itu, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan termasuk konvoi motor, cabutan bertuah, kerja amal, bermandi-manda, makan tengah hari, bergambar kenangan bersama VIP dan banyak lagi.
Program dimeriahkan lagi dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Aidil, selaku penyelaras Dun Juasseh. Beliau juga turut terlibat dalam kerja amal membersihkan kawasan tempat peranginan ini. Program yang dimulakan pada waktu tengah hari ini berakhir sekitar lewat petang.