Road Star
Koyoko
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result
Minyak Pelincir FKR

Minyak Pelincir FKR

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-13
in BULETIN, UTAMA
0

Ditubuhkan sekitar tahun 1939, Fung Keong Rubber Manufactory (M) Sdn Bhd merupakan pengeluar tayar motosikal dan basikal di bawah jenama FKR di Malaysia. Selain itu, FKR turut mengeluarkan tiub dalam tayar sekali gus melengkapi pengeluaran tayar di bawah jenama ini. Kini, FKR maju selangkah lagi apabila mengeluarkan minyak pelincir keluarannya. Dilancarkan pada 1 Mei yang lalu, FKR menawarkan 5 jenis minyak pelincir sudah pun berada di pasaran.

FKR Ultimate 4T SAE 10W40 (Semi sintetik)
FKR Scooter Superior 4T SAE 10W40(Mineral)
FKR Super-V 4T SAE 40 (Mineral)
FKR Hyper-P 4T SAE 20W50 (Mineral)
FKR Super-V 2T API TB JASO FB (Mineral)

Minyak pelincir ini diadungkan 100% di sebuah LOBP (Lube Oil Blending Plants) yang dilengkapi makmal moden bagi kualiti yang dijamin oleh sebuah pengeluar minyak pelincir yang berlokasi di Singapura. Ia merupakan hasil kerjasama dengan rakan kongsi di Singapura yang turut tersenarai sebagai salah satu syarikat dengan reputasi terbaik di antara 37 negara di seluruh Asia Pasifik sebagai pembekal servis paling dipercayai dan responsif.

Syarikat ini juga telah menerima beberapa penghargaan di peringkat antarabangsa dan dianugerahkan ISO 9001:2008 & ISO 14001:2015. Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa bukan sahaja kualiti malah pengurusan persekitaran juga diuruskan dengan cukup baik dalam menghasilkan produk yang selamat dan juga diyakini.

Minyak pelincir FKR memenuhi kriteria standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh API (American Petroleum Institute), SAE (Society Of Automotive Engineers) dan JASO (Japanese Engine Oil Standards Implementation Panel).

FKR Ultimate 4T SAE 10W40 (Semi sintetik)
* Mengurangkan penggunaan dan memanjangkan hayat enjin
* Melindungi enjin dalam keadaan yang teruk
* Melambatkan pembentukan deposit yang membahayakan pada bahagian-bahagian penting enjin
* Melindungi dari karat dan kakisan

FKR Scooter Superior 4T SAE 10W40 (Mineral)
* Mengurangkan penggunaan dan memanjangkan hayat enjin
* Formula rendah geseran memastikan penunggangan yang lancar
* Berpotensi untuk meningkatkan ekonomi petrol
* Kestabilan thermo-oxidative yang baik, menutup enjin skuter apabila beroperasi pada suhu tinggi

FKR Super-V 4T SAE 40 (Mineral)
* Pelindung enjin yang baik
* Disyorkan untuk enjin motosikal 4 lejang yang kecil dan ringan
* Produk dengan kualiti cemerlang dan bernilai untuk wang anda

FKR Hyper-P 4T SAE 20W50 (Mineral)
* Mengurangkan penggunaan dan memanjangkan hayat enjin
* Melindungi enjin dalam keadaan yang teruk
* Melambatkan pembentukan deposit yang membahayakan pada bahagian-bahagian penting enjin
* Melindungi dari karat dan kakisan

FKR Super-V 2T API TB JASO FB (Mineral)
* Enjin berada dalam keadaan bersih dengan tahan pembentukan deposit yang sangat tinggi
* Bersih dan mudah terbakar
* Pelindung enjin yang baik
* Memaksimakan prestasi enjin

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

FKR MARKETING SDN BHD
Website : http://www.fkr.com.my/
Fb : https://www.facebook.com

 

Previous Post

Kawasaki H2 SX SE Supercharged

Next Post

Mega Gathering ZX6R & ZX10R Malaysia – Singapura 2019

Next Post

Mega Gathering ZX6R & ZX10R Malaysia – Singapura 2019

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

CAPAIAN

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved