Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Meriahkan Pantai Klebang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-03-01
in BULETIN, UTAMA
0

Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang menjadi saksi kepada penganjuran NVX Republic V1 2025 pada 22 dan 23 Februari, menghimpunkan peminat skuter Yamaha NVX dari seluruh negara. Acara dua hari ini dianjurkan oleh Kelab Sahabat Sejati Terengganu dengan kerjasama Scoot Rocket, menjadikannya perhimpunan NVX terbesar pernah diadakan di Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik telah diatur bagi memeriahkan suasana, termasuk sesi perkongsian ilmu bersama industri permotoran, bengkel penyelenggaraan motosikal, serta konvoi eksklusif mengelilingi kawasan bersejarah Melaka. NVX Republic bukan sekadar acara permotoran, tetapi juga platform bagi membina pengalaman dan memperkukuhkan komuniti peminat motosikal di Malaysia.

Hari pertama menyaksikan kehadiran peserta bermula jam 10 pagi, diikuti dengan pameran jualan oleh syarikat swasta dan agensi kerajaan. Acara utama termasuk pertandingan autoshow khas untuk NVX, cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Yamaha NVX, serta persembahan kebudayaan daripada Badan Kesenian MBMB. Kemuncak malam perasmian diserikan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah sebelum acara ditutup pada jam 11.30 malam.

Hari kedua dimulakan pada jam 11 pagi dengan pertandingan autoshow motosikal kategori terbuka, diiringi dengan pameran jualan dari pelbagai booth dan aktiviti santai seperti pertandingan karaoke. Program berakhir pada jam 4 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang autoshow motosikal, menandakan penutupan rasmi NVX Republic V1 2025.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka, Badan Promosi Pelancongan (BPP), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) atas kerjasama mereka dalam memastikan kelancaran program ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada penaja utama ESR Melaka dan United Oil, serta penaja bersama seperti J7, BZN Motor City, Koyoko, BLH, dan Scoot Rocket. Sokongan padu daripada semua pihak telah menjayakan acara ini, dan semoga berjumpa lagi dalam NVX Republic V2 pada tahun akan datang!

Previous Post

Jelajah Persahabatan & Kecintaan Terhadap Keindahan Alam

Next Post

Dijual Pada Harga RM63,900, Berada di Pasaran April Ini

Next Post

Dijual Pada Harga RM63,900, Berada di Pasaran April Ini

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved