Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Meraikan Golongan Asnaf Dan Anak-Anak Yatim Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-04-25
in BULETIN, UTAMA
0


Berlangsung pada 16 April 2022 di Taman Botani, Ipoh, program iftar ini dianjurkan Encik Fuad dari Retro Street (GAP Eevnt Management) dengan kerjasama Encik Firdaus dari Zaf Design. Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah di antara sahabat-sahabat Permotoran Negeri Perak di samping membantu anak-anak yatim dan asnaf melalui sumbangan yang diterima samada dalam segi kewangan dan juga barangan keperluan asas.

Program yang bermula pada jam 5 petang dan berakhir jam 11 malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran komuniti-komuniti seperti CRS Perak Official, VF3i Ipoh Crew, Suzuki Panther Perak, Yamaha RXZ Perak, Kelab Proton, Mijey The SnakeMaster, Team 4X4 Team, Pekan Mainan Ipoh Crew, Madness Team dan ramai lagi.

Kehadiran peserta iftar bermula jam 5 petang dengan sesi pendaftaran kehadiran dan sesi bergambar sementara menunggu waktu berbuka puasa. Terdapat juga gerai jualan kereta Hotwheels di program kali ini bagi para peminat kereta yang ingin dijadikan koleksi peribadi.

Tepat jam 7.00 malam majlis di mulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat oleh Saudara Ustaz Anin dan seterusnya peserta mula mengambil juadah2 untuk berbuka. Antara menu makanan istimewa yang disediakan pada program iftar kali ini ialah nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, kari dalca, lemang, dodol, bubur kacang, kuih muih, buah buahan dan lain-lain.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada puan Fina dan team masakan atas menu yang sedap pada iftar kali ini. Selepas selesai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, majlis diteruskan lagi dengan persembahan ular oleh saudara Mijey The SnakeMaster.

Di antara ular yang dibawa oleh saudara Mijey termasuk ular sawa albino, ular senduk dan ular Corn Snake. Acara ini mendapat sambutan menggalakkan di mana ramai peserta program tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ular sawa albino yang jinak itu.

Seterusnya, majlis dimeriahkan dengan segmen Cabutan Bertuah dan hadiah-hadiahnya pula disampaikan oleh wakil komuniti yang hadir dan diteruskan dengan penyerahan sumbangan kepada wakil asnaf dan anak-anak yatim. Majlis diserikan dengan pameran Audioshow kereta dan berakhir pada jam 11 malam. Semoga program iftar seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai dan meriah lagi.

Perkongsian : ZAM CRS

Previous Post

Pelumba Dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun Dan Filipina Antara Yang Terpilih

Next Post

Peningkatan Lebih 20% Tidak Lama Lagi, Ramal CEO Ather Energy!

Next Post

Peningkatan Lebih 20% Tidak Lama Lagi, Ramal CEO Ather Energy!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved