Bersatu atas semangat “brotherhood” dan minat terhadap dunia permotoran, RSX-RS Crew Taiping menganjurkan satu program kembara 3 hari 2 malam yang disertai lebih 30 buah jentera Honda RS150R dan RSX150 merentas negeri ke destinasi popular di Pahang.
Dengan persiapan rapi di bengkel rasmi kelab, Tupai Motor Taiping, setiap motosikal diservis sepenuhnya sebelum berlepas. Dari pemeriksaan keselamatan, tekanan angin, hinggalah ke pelarasan rantai dan brek. Keselamatan dan prestasi menjadi keutamaan sepanjang pengembaraan.
Hari Pertama: Dingin Cameron, Panas Cherating
Perjalanan bermula seawal jam 7 pagi dari Plaza Tol Kamunting, menyusuri laluan berbukit Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands. Walaupun berhadapan selekoh curam dan cuaca berkabus, motosikal peserta kekal stabil hasil penggunaan rantai D.I.D, yang terkenal dengan ketahanan dan kelancarannya dalam pelbagai kondisi.
Di Cameron Highlands, peserta menikmati keindahan ladang teh Bharat dan berpeluang bersantai di Kea Farm serta Hobbitoon. Selepas brunch steamboat, konvoi meneruskan perjalanan ke Raub dan Bentong, sebelum tiba di Cherating pada jam 5.30 petang. Suasana petang di pantai memberi ruang istirahat sebelum makan malam bersama di warung seafood berhampiran pantai.
Hari Kedua: Jelajah Alam dan Budaya Pantai Timur
Ahad bermula dengan sarapan di Warung Kampung Cherating. Peserta kemudian melawat Cherating Turtle Sanctuary dan menyusuri River Cruise Cherating untuk melihat habitat kelip-kelip. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kuantan, singgah di Bukit Goh, Teluk Cempedak, dan Masjid Negeri.
Di pertengahan hari, cuaca agak panas dan terpaksa menempuh pelbagai keadaan permukaan jalan. Namun motosikal kekal tenang di atas jalan berkat penggunaan tayar Tashimurai, direka khusus untuk perjalanan jarak jauh dan cengkaman yang kuat, walau di jalan basah dan berpasir. Perjalanan pada petang itu diteruskan ke Bandar Diraja Pekan dan akhirnya kembali ke homestay untuk sesi BBQ santai.
Hari Ketiga: Balok, Temerloh & Pulang Penuh Makna
Pagi Isnin dimulakan dengan singgah santai di Pantai Balok, menghirup udara segar Laut China Selatan sebelum bergerak ke Temerloh. Di sana, peserta menikmati makan tengah hari di Restoran Saiful Patin Gulai Asam, cukup terkenal dengan masakan patin yang kaya rasa dan membuka selera.
Sepanjang tiga hari perjalanan, enjin motosikal berfungsi dengan lancar tanpa sebarang isu overheating berkat sokongan MO2 Lubricants, minyak enjin berprestasi tinggi yang terbukti mengekalkan suhu enjin dan prestasi optimum, terutama di laluan jauh dan mendaki.
Konvoi kemudian meneruskan perjalanan pulang melalui laluan Temerloh – Karak – Genting Sempah – Goh Tong Jaya – Batang Kali dan selamat tiba di Taiping sekitar jam 5.30 petang.
Terima Kasih Penaja & Sokongan Crew
Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 bukan sekadar perjalanan. Ia adalah simbol kekuatan persaudaraan, kepatuhan pada disiplin konvoi, serta sokongan jitu rakan penaja.
1-Tupai Motor Taiping : Bengkel rasmi kelab dan servis motosikal sebelum perjalanan.
2-D.I.D Malaysia : Rantai motosikal berprestasi tinggi yang menjamin kelancaran.
3-Tashimurai : Tayar tahan lasak dengan cengkaman padu di semua permukaan.
4-MO2 Lubricants : Minyak enjin terbaik yang menjaga jentera sepanjang kembara.
Dengan perancangan yang rapi dan kerjasama semua ahli serta penaja, program ini menjadi kenangan manis dan motivasi untuk program kembara yang akan datang.