Sempena Bulan Merdeka dan juga Hari Malaysia, Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official telah mengadakan konvoi Merdeka, bersesuaian dengan keluaran khas ACES Helmet “Malaysia Edition” yang dijual dalam kuantiti terhad. Destinasi pilihan kali ini ialah Sekinchan yang terletak di negeri Selangor di mana terdapat banyak lokasi menarik yang hendak dituju.
Seramai 50 orang peserta mengikuti konvoi kali ini, bergerak ke destinasi sekitar jam 10 pagi dengan semangat mengibarkan jalur gemilang bersama ACES Helmet “Malaysia Edition” bersesuaian dengan tema konvoi Merdeka. Antara lokasi pilihan ialah replika Kapal Terbang Sekinchan mirip kapal terbang sebenar. Lokasi ini turut menjadi tumpuan para pengunjung dari dalam dan luar Sekinchan.
Seterusnya, konvoi bergerak ke Ladang Kelapa Sekinchan yang terletak tidak jauh dari lokasi kapal terbang tadi. Ladang Kelapa ini menawarkan suasana sangat menarik untuk bergambar, ditemani gerai-gerai jualan makanan yang sedap-sedap. Namun begitu, tumpuan utama kebanyakan para peserta tentulah minuman Coconut Shake yang menjadi identiti ladang ini disamping menu makanan yang lain.
Selesai bergambar di ladang kelapa, konvoi meneruskan perjalanan ke ladang tebu Aidil yang terletak di kawasan Sg Besar, Selangor. Lokasi ini menjadi tumpuan ramai kerana menampilkan suasana cukup indah untuk bergambar, dikelilingi pokok-pokok tebu dan tempat bersantai bersama keluarga mahupun kawan-kawan sambil menikmati air tebu dan makanan yang ada di jual di sini.
Selesai bergambar di ladang tebu, peserta konvoi singgah di masjid untuk menunaikan Solat Jamak sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya. Konvoi meneruskan perjalanan ke Kg Telaga Nenas yang terletak di Air Tawar, Perak melalui lebuh raya WCE. Kali ini tempat yang dituju ialah Restoran Mee Udang Selambak Cikwa yang terletak di tepi laut berhampiran Kg Telaga Nenas.
Pemandangan di lokasi ini juga sangat menarik dengan kibaran bendera Malaysia yang terdapat di sekitar Jeti Nelayan yang ada di tepi restoran. Selepas selesai menikmati makanan di situ, para peserta konvoi tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama motor dan ACES Helmet kesayangan sebelum beransur pulang ke destinasi masing masing.
Kesemua peserta menzahirkan keterujaan mengikut konvoi kali ini kerana diserikan ACES Helmet Malaysia Edition. Ramai yang memberikan komen positif dengan menyatakan ia sangat selesa dipakai walaupun melalui tempoh perjalanan yang lama dan jauh. Rekabentuknya sangat cantik, diserikan lagi dengan corak jalur gemilang bendera Malaysia dan dipadankan dengan Visor Pelangi untuk melindungi mata dari cahaya matahari. Satu pembelian yang berbaloi dan sangat memuaskan bagi kegunaan seharian, perarakan motor merdeka dan untuk konvoi perjalanan jauh.
Berminat nak dapatkan ACES Helmet “Malaysia Edition” boleh hubungi:
Whatsapp :
https://60178712775.wasap.my
Mr. Tan (Wholesale) 019-371 9489
https://wa.link/o9sjb8
Support By CREW RS15O PERAK Official
Shopee :
https://shope.ee/2Airkafra6?share_channel_code=1
Reference :
http://shorturl.at/cgyRV