Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Melawati Destinasi Menarik Sambil Mengukuhkan Lagi Ukhuwah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-03-11
in BULETIN, UTAMA
0


Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan bagi kelab-kelab permotoran di seluruh semenanjung Malaysia. Kawasan dengan lokasi yang menarik itu sangat sesuai dilawati, malah cuacanya amat nyaman serta segar buat pengunjung mahu datang lagi ke sini.

Justeru itu, kelab komuniti CRS Perak Official telah mengadakan siri jelajah ke Cameron Highlands pada 26 Februari 2022 lalu yang diketuai saudara Zam dan dibantu sahabatnya, saudara Jay bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Sebelum memulakan perjalanan, peserta menikmati sarapan pagi di Cafe Gazebo Abang Nash yang terletak di Kampung Sri Rahmat pada seawal jam 9 pagi. Sarapan di sini sungguh enak dengan menu wajibnya iaitu Capati Sardin dan Kopi Ais yang cukup padu.

Selesai menikmati sarapan pagi, para peserta konvoi yang dianggarkan seramai 115 orang, bergerak menuju ke hentian seterusnya iaitu Petronas Simpang pulai untuk mengisi petrol serta diberikan sedikit taklimat ringkas perjalanan yang diakhiri dengan doa perjalanan bacaan saudara Kuplai Khan. Konvoi memulakan perjalanan pada jam 11 pagi menuju ke destinasi pertama ke Banjaran untuk bergambar kenangan dan seterusnya ke Tanah Rata.

Konvoi CRS Perak tiba di Brinchang tepat pada jam 12 tengah hari, diikuti destinasi seterusnya restoran McDonald’s Brinchang untuk sesi bergambar bersama pihak pengurusan yang diwakili pengurusnya, Along. Terima Kasih diucapkan kepada pihak pengurusan McDonald’s Brinchang yang sudi menaja makanan kepada para peserta yang hadir pada hari tersebut.

Kemudian, konvoi dibawa saudara Zam ke Restoran My Prima Nasi Kukus dan disambut pemilik Restoran, Puan Mimi untuk makan tengah hari dan juga menunaikan solat zohor. Sejurus itu, konvoi bergerak ke Cafe Cameron Valley yang terletak di Tanah Rata untuk bergambar kenangan dan menikmati sajian minuman petang. Suasana di Cafe amat mendamaikan dengan pandangan hijau daun teh yang memenuhi lereng-lereng bukit.

Selesai Bergambar di Cameron Valley, konvoi bergerak pulang pada jam 4 petang diiringi cuaca hujan renyai. Konvoi bergerak ke destinasi terakhir di Pondok Ibu Kathy yang dimiliki oleh saudara Shukri dan isterinya Kathy. Pondok ibu Kathy yang terletak di Desa Aman, Ipoh menawarkan sajian utama Laksa yang cukup enak di samping menu makanan yang lain.

Pihak CRS Perak Official mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Cafe Pondok Ibu Kathy yang sudi menaja makanan malam para peserta dan syabas juga kepada semua peserta konvoi yang terlibat bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan selamat. Semoga bertemu lagi di program konvoi seterusnya.

Salam kasih sayang dari Kelab Komuniti CRS Perak Official.

Perkongsian: ZAM CRS PERAK OFFICIAL

Previous Post

Disasarkan Kepada Golongan Muda, Sesuai Untuk Kegunaan Harian

Next Post

Projek Skuter Comel Yang Mampu Dimiliki Semua

Next Post

Projek Skuter Comel Yang Mampu Dimiliki Semua

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved