Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Masalah Yang Sering Dihadapi Dengan Macam-Macam Cara Penyelesaian, Terpulang Kepada Cara Masing-Masing!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-09-24
in BULETIN, UTAMA
0


Bukan mahu percaya atau bersetuju tetapi mungkin benar apa yang dikatakan dengan Monday Blues? Isnin lepas, seperti hari-hari Isnin sebelumnya, mood bekerja agak berkarat dan berat benar hendak mengangkat kaki dan melangkah ke pejabat sehinggalah berdiri di hadapan pejabat tanpa kunci di tangan. Mujur berdiri tidak lama kerana ada member lain sudah pun sampai. Sementara menunggu pintu dibuka terpaksalah menerima pakej yang datang bersamanya, mendengar celoteh hujung minggu dia habiskan bersama keluarga. Syukur, dapat juga masuk pejabat.

Hal ini membuatkan penulis terfikir apa akan jadi sekiranya bukan kunci pejabat tetapi kunci motor yang hilang. Tambah pula, kunci yang ada sekarang inipun tidak pernah dibuat penduanya. Aduh, bagaimana kalau ia benar-benar hilang? Pernahkah anda mengalami masalah yang sama? Apa yang perlu dilakukan? Disebabkan persoalan ini yang agak mengganggu, penulis mula bertanya rakan-rakan yang pernah berada dalam situasi yang sama. Ini apa yang dikongsikan dan mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan.

Tiada Kunci Pendua? Jangan Panik!
Sekiranya tiada langsung kunci pendua dan motor anda pula mempunyai kunci pencucuhan besi cara lama, ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan. Tunda motor ke kedai tukang pembuat kunci tapi dengan membawa dokumen sebagai pengesahan mengatakan anda adalah pemilik sah. Di sini, tukang pembuat kunci akan mengeluarkan pasak pencucuh (ignition tumbler) dan buat kunci baru. Ya, ia menelan belanja yang agak mahal.

Selain itu, ada beberapa model motosikal didatangkan dengan tag besi pada motosikal dari kilang dan di atas tag tersebut ada nombor. Ia adalah nombor yang sama pada suis pencucuh (ignition switch) atau buat carian Google untuk mengetahui informasi pembuatan dan model. Hubungi pengeluar untuk menempah kunci yang baharu.

Buat Kunci Pendua
Kalau anda membeli motosikal terpakai dan pemilik asalnya hanya serahkan satu kunci, rajin-rajinkan diri buat pendua. Dapat sahaja motor, gagahkan diri pergi tukang pembuat kunci. Lebih selamat. Andai kata anda membeli motosikal terus dari kilang, jangan tunggu sampai hilang salah satu kunci baru nak buat pendua. Jadikan amalan, lepas membeli motor terus buat kunci pendua. Apa orang kata? Sediakan payung sebelum hujan lebih baik dari tadah hujan terus jadi banjir. Sama-sama kita jadi pemilik motosikal yang bijak!

Kalau anda buat carian di Google, ada juga tukang pembuat kunci (berpengalaman dan berkemahiran tinggi) mampu membuat kunci pendua hanya merujuk kepada gambar. Sebagai langkah yang selamat, anda boleh mula mengambil gambar-gambar kunci motosikal dan simpan gambar digital ini di lokasi yang selamat. Jangan sesekali kongsi di mana-mana laman sosial. Mana tahu, ada yang dah lama berkenan dengan motosikal anda cuba membuat kunci dan merembatnya bila-bila tidak disedari!

Simpan Fob Baik-Baik
Kebanyakan motor sekarang turut didatangkan dengan fob. Hilang fob bermaksud, anda hilang motor kerana motosikal telah diprogramkan untuk mengenalpasti fob ini. Tanpa fob, motosikal akan bertindak balas seperti ada percubaan untuk mencuri. Jika menggantikan fob, motosikal perlu diprogram semula. Maka, anda tiada cara lain selain menggunakan trak penunda.

Pastikan anda menyimpan fob ini di tempat yang selamat dan senang diingati. Berbanding fob, kehilangan kunci tradisional (kunci cara lama) lebih murah dan mudah. Kepada yang ada fob, berhati-hatilah.

Cara Untuk Tidak Menghilangkan Kunci!
Sebenarnya pilihan terbaik adalah tidak sesekali menghilangkan kunci dan setidak-tidaknya, sediakan kunci pendua atau mungkin lebih. Anggap kunci ini perkara paling penting kerana tanpanya, anda tidak akan dapat bergerak ke mana-mana. Jadikan ia sebagai tabiat untuk sentiasa memeriksa keberadaan kunci dan sentiasa simpan di tempat yang sama. Selitkan bersama cincin atau penanda agar anda sedar sekiranya kunci terjatuh dari poket seluar. Jika anda menunggang atau terlibat dalam konvoi, pastikan membawa kunci pendua dan serahkan kepada rakan yang paling boleh dipercayai. Kalau anda tersalah letak atau terlupa letak kunci yang asal di mana, anda tetap boleh menghidupkan enjin motor dan tidak ketinggalan mengikut rakan-rakan konvoi lain.

Previous Post

Dilengkapi Pelbagai Komponen Dari Ohlins, Brembo Dan Akrapovic

Next Post

Throwback : Tarik Penyertaan Bikers Dari Seluruh Negara Serta Singapura, Thailand dan Brunei

Next Post

Throwback : Tarik Penyertaan Bikers Dari Seluruh Negara Serta Singapura, Thailand dan Brunei

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved