Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Makin Menjadi Rebutan. Pantang Ada Nak Jual, 5 minit “SOLD”

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Motor skuter V100 ni dulu, masa baru-baru keluar takdelah popular macam sekarang. Yalah, skuter kecik je, banyak orang cakap macam tak berbaloi kalau beli. Kalau budak-budak muda macam kita sekarang ni mana nak pandang dulu motor ni. Tak trend katanya. Kalau pergi ke Johor macam di Muar atau Tangkak, memang bersepah-sepah orang pakai. Kebanyakannya ‘uncle-uncle’ dengan ‘auntie-auntie’ je yang bawak.

Entah macam mana, nak dijadikan cerita, dengan tiba-tiba aje motor ini jadi popular. Sebab ada satu masa, trend skuter ini melonjak naik dengan kehadiran model-model baru dari pelbagai pengeluar dan yang popular dari model Suzuki juga macam VS 125, VS 150 dan VR 125. Maka V100 punya populariti pun naik sekali sebab ada beberapa orang pomen dah mula modified si cilik ini jadi laju!

Boleh dikatakan sampai sekarang ini, model V100 memang ada harga dan jadi rebutan. Lebih-lebih lagi ada beberapa model Jepun yang sama dengan V100. Maka, kreativiti orang Malaysia yang memang terkenal dalam proses kacuk-mengacuk dan ubahsuai ini, banyaklah menghasilkan jentera-jentera V100 yang cantik dan hebat di atas jalan.

Kalau korang baca spec motor ni, confirm jadi seram sebab bukan biasa-biasa dia punya ubahsuai. Enjin asal dah dipadankan dengan ‘crankshaft’ yang dinaik-taraf ditambah pula dengan piston milik RG Sport. Kepala silinder pula dipakaikan dengan Yamaha SS punya. Untuk melawaskan kuasa yang mampu dihasilkan, enjin ini dipasang dengan karburator original Sudco Keihin PWK yang berukuran 28mm bersama kabel pemulas milk Vespa. Sistem pendawaiannya pula diambil dari model CE13 termasuklah ‘capasitor discharge ignition’ milik model yang sama. Untuk ekzos, chamber direka oleh Waknol SpeedMetal dilekatkan dengan muffler dari PM Tuning. Owner ni kaya, maka enjin hanya dipakaikan dengan minyak 2T Moytul 800V je!

Untuk nampak hebat dan menarik, takkan nak pakai aksesori asal V100. Maka dengan itu, pelbagai aksesori JDM dipadankan antaranya meter paparan Suzuki Address V100, ‘casing’ auto Address V100 CE13 dan tempat duduk Suzuki Address V50. Selain itu, beberapa aksesori tambahan yang menaikkan lagi seri pada jentera ini adalah ‘fast throttle’ Domino, sarung pemegang Supreme❌Fox Racing, lampu hadapan jenis ‘clear smoke’ RG Sport dari Monsuta, signal smoke CE13, lampu belakang Albino KN Smoke juga dari Monsuta, plat pemijak dari KN serta yang paling menarik perhatian adalah ada meter voltan jenama Daytona Japan.

Moto dah laju-laju, dah cantik, takkan nak pakai brek original kilang, kan? Maka Brembo Piaggio X9 dipadankan dengan hos Hel menjadi pilihan. Senang nak brek kalau nampak awek comel tepi jalan walaupun tengah layan ‘top speed’.

Untuk keselesaan, bahagian hadapan jentera ini dipakaikan dengan ‘fork’ Suzuki ZZ dari jenama Showa manakala penyerap hentak belakang pula dari Showa Daytona 300mm. Akhir sekali, rim Suzuki ZZ berukuran 12 inci dikenakan depan belakang dibaluti pula tayar Maxxis Gogoro F depan dan belakang. Warna gula-gula oren (Orange Candy) yang dilayangkan pada badan V100 ini adalah hasil kerja dari Fazzley Rahman manakala keseluruhan pemasangan dan ubahsuai dilakukan oleh Boy Monsuta sebelum ditala kuasanya oleh One Seelong!

 

Previous Post

Bersama MAM Peringkat Negeri Perak 2020

Next Post

Sebanyak 6,866 Unit Dipanggil Semula Hadapi Masalah Tayar

Next Post

Sebanyak 6,866 Unit Dipanggil Semula Hadapi Masalah Tayar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved